Monday, May 30, 2011

Penyemburan Effective Microorganisms (EM)



Assalamualikum
Salam Sejahtera

Pada petang ini kami menyembur reban ayam mutiara/api-api/Guinea Fowl dan kediaman Angsa / Goose menggunakan EM yang telah diaktifkan menjadi EMAS(activation solution)

Memandangkan EM ini akan mati sekiranya terkena cahaya matahari yang melampau ataupun kurang aktif makan waktu petang adalah masa yang terbaik


Menggunakan Penyembur yang kecil sahaja cukup untuk keluasan kediaman Ayam dan Angsa

sekian

Friday, May 27, 2011

AYAM MUTIARA/API-API: PEMBIAKAN DAN PENJAGAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Penjagaan ayam kampung telah banyak saya lihat di blog lain tetapi hanya segelintir sahaja yang menerangkan penjagaan untuk Anak ayam mutiara @ ayam api api @ guinea fowl. Walaupun ayam mutiara ini sebesar ayam tetapi ianya dalam kategori burung dan penjagaan anak ayam mutiara ini seperti anak burung.

Ayam Mutiara biasa bertelur di dalam semak(rumput dan daun kering) tempat-tempat tersorok seperti di bawah pokok(kebisaannya di pangkal akar besar pokok) dan Redup(kurang cahaya matahari)di kawasan tersebut.

Sebaiknya ayam mutiara dikurung ditempat yang lapang supaya tidak bertelur ditempat yang jauh untuk mengelakkan kesulitan mencarinya dan telur rosak sekiranya terkena air hujan dan embun.

Untuk pengetahuan semua, penetasan ayam Anak ayam mutiara @ ayam api api @ guinea fowl mengambil masa selama 28 hari.

Walaubagaimanapun ini bergantung kepada keadaan incubator.sama ada cepat atau lambat itu perkara normal.

Sekiranya telur tersebut menetas terlalu awal terdapat kebarangkalian yang anak ayam tersebut dalam phasa 'prematured', ini kadang kala boleh menyebabkan kematian. sekiranya telur tidak menetas, anak ayam tersebut mungkin telah mati didalam telur.

Pembaca/Pembeli akan diterangkan mengenai cara dan langkah menetaskan telur ayam mutiara/api-api menggunakan incubator ( alat penetasan telur )

Saya juga ingin berkongsi cara menjaga anak ayam mutiara yang masih kecil dengan cara yang lebih teratur yang dipraktikkan oleh kami di DinaraFarm.

1.Pemilihan Telur Ayam Mutiara

Telur yang dipilih mestilah atau sebaik-baiknya mengikut spesifikasi berikut

a)induk yang matang (menyumbang kepada kualiti telur dan sperma jantan yang sihat)

b)kualiti telur ( tidak terkena air )

c)incubator yang baik/berkualiti(suhu yang sentiasa selaras)

d) suhu incubator perlu pada maksimum 38 c minimum 36 c.

e) kelembapan relatif dalam incubator lebih kurang 60 %-70%

f)Inkubator Manual- Pusingan telur hendaklah dibuat sekurangnya 3 kali sehari




2.Pada Hari KE 5 dan KE 7

a)telur ayam mutiara hendak dilakukan proses candling untuk memastikan telur didalam incubator menjalani proses persenyawaan(titik darah dan urat yang terbentuk dari titik darah tersebut)

b)telur yang tidak mengandungi benih hendaklah di keluarkan untuk menjimatkan ruang bagi telur telur yang lain.


3.Pada Hari KE 25

Kerja memusingkan telur perlu diberhentikan kerana anak ayam yang bakal menetas itu berada dalam kedudukan kepala keatas dan bersedia untuk menebuk kulit telur. di khuatiri sekiranya proses memusingkan telur ini diteruskan akan menyebabkan tali pusat terbelit dan anak ayam tesebut mati.




4.Pada Hari KE 28

Anak Ayam Mutiara Mula menebuk telur(piping)

Proses keretakan kulit telur kepada keluarnya anak ayam tersebut kebiasaannya dalam masa 12 jam,

sekiranya lebih dari waktu tersebut kita harus membantu dengan memecahkan kulit telur tesebut sedikit demi sedikit, jika tidak dilakukan kemungkinan besar anak ayam tersebut akan lemas.


5.Setelah Menetas

biarkan anak anak ayam tersebut didalam incubator selama 2 hari atau sehingga bulunya kering. anak ayam ini boleh survive sehingga hari ke dua kerana dalam waktu ini ia menggunakan baki kuning telur dari dalam perut untuk bertahan.


6. Pemindahan Ke Broder(reban didik anak ayam)

anak anak ayam hendaklah dipindahkan ke tempat didik anak ( brooder ) selama seminggu atau 2 minggu (24 jam)

- perkara yang perlu diambil perhatian dalam pembuatan tempat didik anak ayam (brooder)

1) pastikan ruang yang mencukupi untuk anak ayam ( tidak terlalu sempit)

2) mentol yang digunakan di antara 5watt-100watt ( bergantung kepada keluasan brooder )

3) pastikan dilindungi dari tiupan angin(tertutup)

4) pastikan terdapat pergerakan udara di dalam brooder ( mengelakkan anak ayam lemas )

5)Menggunakan bekas air yang sesuai( mengelakkan anak ayam lemas)

6)Alas broder dengan benda yang lembut dan tidak licin

7)Najis sentiasa dibersihkan selang 2 hari bagi menglakkan hama dan agas

8)memberikan dedak ayam starter yang dihaluskan lagi.


7. Pemindahan ke Reban didik Besar

memindahkan ke tempat reban didik remaja yang lebih besar selama 2 bulan sebelum di lepaskan ke kawasan reban.

makanan untuk anak anak ayam ini ialah makanan starter untuk anak ayam kerana kadar protein yang tinggi diperlukan untuk pembesaran.

bagi mereka yang membeli benih anak ayam Mutiara, berusia bawah 1 bulan pastikan anda memiliki tempat didik ini walaupun ayam api api ini dalam kategori yang lasak, tapi masih memerlukan haba dari lampu untuk memanaskan badan.


Najis hendaklah sentiasa dicuci (jika simen) dan di sapu(jika tanah) bagi menglakkan lalat yang membawa pelbagai penyakit dan menjadi tarikan kepada hama dan agas yang akan membahayakan kesihatan anak ayam mutiara/api-api/guinea fowl ini.

Saturday, May 21, 2011

Cooking Guinea Fowl Eggs

Hello To DinaraFarm Blog viewer
Today i just wanted to share the wonderful look of G.Fowl eggs that i have cooked
I picked this eggs after the raining season last week.
Because My Hen G.Fowl was laying eggs in the bushes so when i see the hen flying like crazy coming out from the pile coconut leaves.
So i decided to look and found about 20 eggs.

Lucky After the raining i guess
This Is some photo to share



THIS IS WHAT WE CALL 'TELUR MATA KERBAU'

The already cooked Guinea Fowl Eggs is LOok SO Gorgues..Yummmyy..

TIPS MEMELIHARA ANGSA ( GOOSE )


KAMI DINARA AGRO FARM MEMBEKALKAN ANAK ANGSA PUTIH DAN KELABU 
CALL 0123327252

TIPS MEMELIHARA ANGSA
1)PEMILIHAN BAKA
-Pertama-tama yang harus ditentukan adalah pemilihan BAKA angsa.

-Jenis baka angsa yang terkenal diantaranya adalah
1Toulouse,
2Embden dan
3African yang tergolong paling berat tubuhnya,
4Pilgrim yang berat tubuhnya pertengahan dan


5Chinese yang paling ringan beratnya.




2)PEMAKANAN
-Dalam masa pembiakan, pemberian 15% protein ditambah vitamin dalam kadar yang sama seperti untuk ayam dalam masa pembiakan dianggap telah cukup memenuhi nutrisi.



-Angsa sangat suka dalam memakan rumput atau daun seperti

Daun Pisang



Pucuk Ubi



Daun Pandan


Napier


Daun/Pucuk Sawit


Rumput Ragut DLL



3)PEMBIAKAN
-Angsa paling baik diternak secara berpasangan(monogamy) atau bertiga(polygamy).
-Jumlah telur yang dihasilan pada tahun ke dua akan lebih vanyak dari tahun pertama.
-Induk angsa dapat terus memproduksi telur sampai 10 tahun.
-Kemampuan reproduksi angsa jantan lebih cepat menurun dibandingkan angsa betina.

4)PENGERAMAN(INCUBATION)
-Suhu yang paling baik pada tempat penyimpanan telur adalah 7 sampai 13°C dengan kelembaban relatif paling kecil 70%.
-Masa penginkubasian telur angsa yang paling umum adalah antara 29 sampai 30 hari
-Suhu Incubator untuk pengeraman tuler angsa adalah diantara 38°C hingga 39°C
-Balikkan telur tiga atau lima kali sehari apabila incubator tidak bekerja sendiri.
-Angka bilangan pembalikkan telur harus ganjil 3-5-7 kali sehari untuk mencegah letak telur berada pada posisi yang sama tiap malam.




5)PENJAGAAN ANAK ANGSA
-Selapas Anak angsa menetas seelok-eloknya diletakkan kedalam broder selama 3-7 hari untuk memastikan anak angsa benar-benar kuat
-Broder hendaklah sentiasa dibersihkan supaya tiada HAMA ataupun dihurung AGAS
-Selepas itu boleh di alihkan ke reban didik seelok-eloknya ditutupi dengan jaring seperti kelambu
Bagi mengelakkan nyamuk menggigit angsa
-Selepas 2-3Bulan boleh diturunkan ke atas tanah supaya anak angsa boleh belajar makan rumput dan membiak...
.

KELEBIHAN MEMELIHARA ANGSA



Angsa dapat berkembang biak dengan lebih baik dibandingkan kebanyakan unggas lainnya.
Angsa mudah tumbuh menjadi besar.
tahan terhadap penyakit dan hampir tidak memerlukan Vaksin Mahupun ubat-ubatan.



NICE INFO Point

Pendapat Mengenai angsa dan air tidak dapat dipisahkan.

Sebenarnya tidak demikian, bahkan sebaliknya

lumpur dapat menimbulkan penyakit pada angsa




Tuesday, May 17, 2011

Ayam Mutiara/Api-api/Guinea Fowl

Artikel Mengenai Kebaikan Ayam Mutiara Yang Keluar Di Mingguan Malaysia

Sumber ini diambil Dari Blog http://www.zzlittlefarm.blogspot.com/
Pemilik Blog adalah
Tuan Kapten (B) Kamarulzaman Bachik dan Tuan Mohammad Zulkiffly A Rahman


Thanks to Pn Nurul dari Berita harian dan En yahya the fotographer.


KITA mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam Belanda. Tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara atau api-api.Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya - kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging.
Di negara Barat misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini, amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi. Tidak kurang dakwaan yang mengaitkan telurnya mampu meningkatkan hubungan kelamin.Menyedari kehebatannya serta nilai komersialnya baik sebagai haiwan ternakan dan makanan yang mendapat permintaan restoran dan hotel, dua sahabat, Kapten (B) Kamarulzaman Bachik dan Mohammad Zulkiffly A Rahman, berganding tenaga mengusahakan ternakan ayam ini menerusi ladang milik bapa saudara Kamarulzaman yang mereka namakan Z & Z Llittlefarm di Kajang, Selangor.


“Semuanya bermula pada 2005 dan pada awalnya, kami memelihara dua ekor ayam yang cuma berperanan sebagai penjaga kebun. Ini disebabkan ayam mutiara ini sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadi.“Bagaimanapun, menyedari keunikan dan pasaran yang baik baginya, kami menternak lima ekor dan kini jumlahnya induknya mencecah 100 ekor, termasuk 10 jantan,” kata Kamarulzaman, anak kelahiran Melaka yang juga pemilik syarikat ESI Agrotech, ini.Katanya, ayam mutiara ini juga mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ia suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak.

Zulkiffly pula berkata, harga induk ayam mutiara Z & Z Littlefarm ini dijual kira-kira RM80 seekor yang disifatkan lebih murah berbanding di kedai haiwan peliharaan yang menjual pada harga RM130 seekor.Harganya itu jauh lebih tinggi berbanding ayam daging yang dijual kira-kira RM25 seekor, sekali gus menjadikan ayam mutiara ini layak dijadikan sumber pendapatan yang agak lumayan.“Harganya subjektif bergantung kepada penawaran dan permintaan di pasaran. Dulu cuma RM35 seekor kerana tak banyak permintaan.

Alhamdulillah, permintaan agak memberangsangkan kerana kami tidak putus-putus menerima permintaan. Malah, tidak menang tangan dibuatnya untuk memenuhi permintaan. Senarai menunggu pula mencecah kira-kira 30 ekor pada satu-satu masa,” kata Zulkiffly.Permintaan tinggi itu menyebabkan dua sahabat ini turut memiliki kemudahan penetasan telur ayam mutiara ini. Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas.

Tempoh pengeraman menggunakan mesin inkubator khas, ini adalah 28 hari.“Menariknya, kita tidak perlu tunggu lama untuk mendapat hasil kerana anak ayam berusia dua setengah bulan pun sudah boleh dijual,” kata Kamarulzaman.Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sains Haiwan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zukifli Idrus, berkata ayam mutiara ini boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak berbanding ayam daging biasa.“Ia mula bertelur selepas berusia setahun manakala ayam daging pula bertelur apabila ia mencecah usia 20 minggu. Tetapi ayam mutiara ini sebaliknya mampu bertelur sehingga tujuh tahun lamanya. Oleh itu kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini adalah tempoh kemampuannya bertelur,” katanya.


Keunikan lain ayam mutiara ini, kata Dr Zulkifli adalah ia lebih tahan lasak dalam keadaan cuaca panas.“Ayam mutiara ini memang tahan lasak disebabkan asal usulnya dari Afrika Barat yang bercuaca panas. Ayam daging sebaliknya tidak tahan panas dan boleh mati.”Ini katanya, berkait rapat dengan faktor genetik ayam daging yang sudah diubah suai berikutan kedudukannya sebagai ternakan komersial.“Pengubahsuaian itu menjadikan ayam daging ‘lemah’ kerana keutamaannya ialah untuk memastikan pertumbuhan yang lebih cepat.”Faktor itu juga kata Dr Zulkifli, turut menjadikan ayam daging lebih tinggi kolesterol kerana kandungan lemaknya yang banyak berbanding ayam mutiara.

Daging ayam mutiara sebaliknya diketahui lebih sihat dan rendah kolesterol jika dibanding dengan ayam daging. Bagi setiap 100 gram misalnya, lemak dalam ayam mutiara cuma dua gram manakala ayam daging, enam gram. Ini menunjukkan kandungan lemak ayam daging itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada ayam mutiara," katanya.

Wednesday, May 11, 2011

ayam mutiara ada stok


Umur sebulan harga rm30

Umur sebulan harga rm60
Stok2 terkini lam reban.....
Sape cepat die dapat...
call 012-3327252

Sunday, May 1, 2011

Anak Ayam Mutiara Dah Mula Menetas

Bismillah
Assalamualaikum W.B.T

Syukur dan seronok sesangat...
Kebanyakan telur pada bulan 3 dah menetas..sihat2 keets nih
Walaubagaimanapun tidak sampai 3/4 telur nih yg menetas
Mungkin ada yang belum matang lagi telur nih
Candling ada dibuat untuk bulan 4 ini Sahaja..
telur Bulan 3 tak byk tu yang tak buat candling
Alhamdulillah hasil bulan 4 amat memuaskan
nantikan jualan dari DinaraFarm pada bulan 4 nie
Ada di Inform di Facebook, Mudah.com dan Di blog ini


Nantikan Jualan Ayam Mutiara ,Pied dan Lavender