Monday, April 1, 2013

PANDUAN MEMILIH DAN MENJAGA TELUR SEBELUM PENGERAMAN

LANGKAH 1
Telur-telur yang ingin dimasukkan ke dalam incubator mestilah sempurna dari segi rupabentuk, permukaan kulit dan saiz.  Telur-telur yang tidak sempurna atau cacat tidak akan menetas walaupun dieram oleh induk ayam sendiri.  Telur paling sesuai disimpan di antara 2-7 hari sebelum dimasukkan ke dalam incubator.  Penyimpanan telur di atas tray telur mestilah dengan hujung bulan ke atas dan hujung runcing ke bawah. Ini bagi mengelakkan ruang udara dalam telur daripada pecah atau bocor akibat himpitan dari cecair dalam telur itu sendiri.

LANGKAH 2
Telur yang telah dikumpul mestilah kering dan bersih, namun begitu aktiviti membasuh telur menggunakan air adalah sangat tidak digalakkan malahan dilarang terus apabila penternak ingin menggunakan incubator sebagai medium penetasan telur.  





LANGKAH 3
Sebaliknya untuk membersihkan telur yang telah dikumpulkan, penternak digalakkan menggunakan span atau kain kering untuk mengesat kotoran seperti najis atau tanah yang terdapat di kulit telur.  Kaedah ini adalah selamat kepada telur dan akan menjamin kejayaan penetasan.







LANGKAH 4
Kulit telur mempunyai satu lapisan nipis bahan pelindung semulajadi yang dihasilkan bagi menghalang kemasukan bacteria ke dalam telur. Lapisan ini adalah sangat nipis sehinggakan akan terhapus sekiranya dibasuh atau dibersihkan dengan bendalir. Oleh itu, elakkan membasuh telur dan sebaliknya gunakanlah kaedah alternatif yang telah diajarkan.




LANGKAH 5
Bagi penternak yang sering memasukkan telur ke incubator dari pelbagai peringkat, sila tuliskan tarikh telur dimasukkan atau tarikh jangkaan menetas di atas kulit telur. Elakkan mengunakan marker atau seumpamanya kerana ia mungkin racun kepada telur sebaliknya gunakanlah pensel biasa sebagai bahan menanda.  Selain tarikh, baka, no. ibu, no. bapa, no. reban dan sebagainya juga boleh ditulis ke atas kulit telur sesuai dengan rujukan para penternak.


LANGKAH 6
Setelah itu masukkan telur-telur ke dalam incubator setelah pengesan suhu pelarasan dibuat, pastikan bulb pengesan suhu thermostat berada betul-betul di atas telur bagi membolehkan ia mengesan suhu sebenar pada permukaan kulit telur.  Perkara ini adalah sangat penting yang mana kebanyakan penternak tidak menyedarinya.  

PENCERAHAN MENGENAI AYAM KAMPUNG KACUK VS AYAM KAMPUNG ORI








VS

Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 
75 hari hingga 90 hari 
berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!


Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong.
 
Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.
 
Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari ciri-ciri terbaik seekor ayam,
Jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). 
Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.
Kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;
* Kadar kematiannya kurang 5%
* Kaki dan kulit warna kuning
* Paruh tidak dipotong
* Tumbesarannya sekata
* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.

 Kalau nak ternak untuk jual daging, baik pilih yang kacukan sebab lebih berat
 ( 2 – 3 bulan : >1.5 kg ), kalau bela yang ori kena tunggu 6-7 bulan, itu pun lebih ringan kecuali kalau guna baka sabung atau baka komersial seperti KH B1 (Super Kedah).

Ada penternak yang saya jumpa boleh menjual telur ayam dari ayam kacukan dengan harga sebiji 45 sen. Dia cuma bela kurang lebih 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Tiap-tiap hari pengeluaran telur memberangsangkan dan tauke restoran cina dah siap booking lagi.



Terpulanglah pada kita nak pilih yang mana. kalau saya, dua-dua saya pilih sebab saya nak jual daging ayam kampung kacukan dan ayam kampung ori saya jual telur dan tetaskan anak. Kalau bela ayam kampung ori semata-mata nak jual daging saya rasa tak banyak mana yang boleh kecuali kalau biar dia cari makan sendiri. Tapi, kalau dah beratus-ratus ekor, semua ulat-ulat,cacing-cacing,rumput-rumput dan lain-lain makanan semulajadi yang ada kat sekitar ladang pun tak cukup jugak. Nanti mesti depa bising sebab lapar. Terpaksa juga belikan makanan walau sekadar temukut atau cari sisa makanan free kat restoran2 atau kantin2. Ramai penternak give up sebab kes nak bagi makan ni la…..last-last jual semua ayam dan tak nak bela dah. Sapa yang rugi?


Sebagai alternatif yang terbaik, jadikan yang kacukan sebagai induk betina dan cari pejantan dari baka sabung. Mesti hasilnya memuaskan. Ramai yang berjaya dengan cara ni.

UNTUK TEMPAHAN ANAK AYAM KACUK
CALL 0123327252 (azam)