Monday, April 9, 2018

KURSUS ONLINE BOKASHI SIRI 2

Mengenali JENIS DAN FUNGSI BAKTERIA DALAM PROSES PENAPAIAN ATAU FERMENTASI

Bakteria fotosintetik adalah bakteria yang memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanannya. Ada banyak bakteria berada dalam kelas ini seperti jenis Chromatrium sp., Chlorotium sp., R. sphaeroldes dan Rhodobacter. Kumpulan ini bertanggung jawab menghasilkan asid amino, asid neukleik, mengikat nitrogen dari udara dan menukarkan gas-gas beracun seperti gas ammonia dan gas hidrogen sulfida kepada unsur nitrogen yang dapat digunakan oleh banyak tumbuhan.

Bakteria Asid Laktik berfungsi untuk bantu dan akan mempercepatkan penguraian dan proses penapaian bahan organik. Penghasilan asid laktik oleh bakteria ini membantu mempercepat penguraian lignin dan selulosa yang mana ia merupakan struktur kompleks karbohidrat. Contohnya seperti jenis L. casei, L. plantarium, Streptococus laktis dan juga Psedococus sp. Asid laktik akan menekan pertumbuhan beberapa jenis patogen dan mengurangkan populasinya.

Actinomycetes merupakan mikroorganisma yang suka tolong menolong. Ia selalunya akan wujud bersama bakteria fotosintetik. Seperti jiran-jiran yang baik, actinomycetes akan menggunakan asid amino yang dihasilkan oleh bakteria fotosintetik tadi untuk menghasilkan satu bahan antikuman. Contoh adalah seperti jenis Micromonospora sp., Nakarda sp., Propinis bakterium sp., Streptomyces albus dan S. griscus.

Yis (Yeast). Contohnya seperti Canerda c. utilis, S. cerevisiae dan Sacharomyces. Yis menghasilkan substrat atau bahan makanan untuk bakteria asid laktik dan juga actinomycetes, hormon, enzim dan bahan antibiotik.

Kumpulan cendawan penapaian dalam EM
-cendawan ini mempercepatkan penguraian bahan organik, menghasilkan sejenis antimikrob daripada ester alkohol, menghilangkan bau busuk serta mencegah serangga dan ulat perosak.

Contohnya Aspergillus oryzae, Aspergillus niger dan juga yang namanya Muchorhiermalis penicillium. Sebenarnya 'Bokashi' adalah sebuah kaedah membuat kompos atau proses dinamakan pengkomposan yang dapat menggunakan starter aerobik ataupun anaerobik untuk mengkomposkan bahan organik. Sebaiknya ia berupa campuran daripada molasses, air, starter mikroorganisme dan sekam padi.

BERSAMBUNG
SIRI 2 DARIPADA 5SIRI
IKUTI POST AKAN DATANG
CARA PEMBUATAN DAN TINDAKBALAS

KURSUS ONLINE BOKASHI SIRI1


PENGENALAN

BOKASHI adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang sama makna dengan bahan organik yang ditapai dengan mengandungi sekumpulan bakteria aktif dalam bokashi yang di panggil

EM (Effective microorganism), bokasi merupakan salah satu daripada bahan yang baik untuk menyuburkan tanah. jenis bakteria berguna yang dipakai dalam penghasilan kompos iaitu EM atau bakteria setempat IMO mengandungi beberapa siri bakteria. Dalam keadaan biasa bakteria-bakteria ini wujud bersama-sama dimana setiap satu mempunyai fungsi tersendiri dan bergantung antara satu sama lain.

EM yang mana ia sebenarnya mengandungi jenis mikrob yang boleh dikelaskan kepada 4 kategori. Mikrob tersebut ialah dari kumpulan
Bakteria Fotosintetik,
Bakteria Asid Laktik,
Actinomycetes dan
Yis.
Pengelasan ini yang paling mudah difahami dan konsep umum.

SAMBUNGAN.....