Sunday, June 19, 2011

EM Kebaikan Dalam Pertanian Dan Penternakan

EM.1 ialah teknologi Jepun yg dirintis & dimajukan oleh Prof Dr Teruo Higa & dipatentkan oleh EMRO (EM Research Organisation). Ianya adalah kultur Mikrob Berfaedah/ProBiotic terutamanya lactic-acid bacteria, yeasts dan phototrophic (atau photosynthetic) bacteria.
Dlm konteks penternakan ianya membantu sistem penghadaman, meningkatkan nisbah food:weight conversion dll dlm apajua sistem ternakan.
Untuk Pertanian:
Baik untuk merawat tanah, mengurangkan masalah klorofil pada daun, mempercepatkan pertumbuhan pokok, mempercepatkan penyebaran akar

Untuk Penternakan:
Baik untuk menghilangkan bau busuk akibat sisa buangan haiwan ternakan. Membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit kepada haiwan. Baik untuk makanan dan minuman ternakan dengan mencampurkan EM.

Untuk Perikanan:
Mampu menggalakkan pertumbuhan lumut. Menghilangkan amonia. Merawat air supaya air tak perlu ditukar selalu
Dalam bidang Pertanian ianya dapat membantu menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah agar sentiasa subur. Proses pereputan sisa-sisa pertanian juga dapat dipercepatkan dan ini sangat penting untuk ekosistem.

Ianya telah terbukti seluruh dunia dlm pelbagai senario. Di Malaysia, EM.1 telah digunakan oleh JPS utk memulihkan kualiti beberapa sungai dan tasik. Ianya juga telah digunapakai dlm sektor perikanan (tilapia & Siakap), tanaman Cendawan, Lembu Feedlot, pengomposan sisa kandang ayam dan byk lagi.

Utk yg berminat, sila baca:
1. http://www.teraganix.com/
2. http://www.eminfo.info/index.html
CARA PENYEDIAAN
Pembetulan cara penyediaan/pengaktifan EM.1
1. Bersihkan tong plastik (jgn guna bekas kaca) bertutup yg ingin digunakan.
2. Isikan bekas dgn lebihkurang 10ltr air suam, campurkan 1 liter molasses dan goncangkan tong tersebut untuk sebatikan campuran.
3. Tambahkan 10ltr air suam (penuh) dan goncangkan lagi tong tersebut untuk sebatikan campuran.
4. Perap/tunggu selama 30 minit supaya campuran menjadi sejuk.
5. Campurkan 1 liter EM.1 kpd campuran tadi, goncang SEKALI SHJ! (INI PENTING: EM.1 CUMA DICAMPUR DIPERINGKAT AKHIR BANCUHAN SHJ!!) Simpan ditempat gelap dan bersuhu bilik.
6. Selepas hari ke3, lepaskan sedikit gas yg terkumpul oleh tindakbalas mikrob dan terus tutup rapat bekas tu semula.
7. Selepas hari ke7 atau jika pH telah turun ke pH3.5 menunjukkan EMAS (EM Activated Solution) itu telah sedia utk digunakan.

Nota:
a. Semua air utk tujuan penggunaan EM.1/EMAS mestilah tidak berklorin
b. Nisbah (EMAS:Air) penggunaan EMAS adalah spt atas i.e.:
Utk tujuan pereputan nisbah 1:50
Utk menyahbau 1:100 atau 1:200
Utk minuman haiwan 1:200
Utk rawatan kolam ternakair 1:500 hingga 1:1000
EM.1 selagi ia bertutup dan tak tercemar serta tidak terdedah kepada cahaya dan suhu terlalu tinggi boleh digunakan dlm 1thn.
EMAS seelok2 digunakan dlm 14hari dari pengaktifan atau maksima 30hari. Elakkan terdedah kepada cahaya dan suhu terlalu tinggi.

EM Formula untuk buat racun serangga

600 ml Air bersih
100 ml Molases
100 ml spirit
100 ml Cuka asli
100 ml EM

boleh tambah hirisan halia atau cili, peram selama 8 hari,

bila nak guna cairkan 1:500, contah kalau tong semburan kita 16 liter..pengiraan adalah 1/500 x 16, jadi hanya guna 0.032 liter iaitu 32 ml shj

spirit yg saya guna tu saya beli dari farmasi....atau pun alcohol...yang selalu mereka sapu kat kapas bila kita kena suntik dgn Dr.

dan jangan lupa bila guna formula yang saya bagi cara applynya pada masa petang bila matahari dah nak terbenam untuk mengelakkan ultra violet..atau panas matahari. Jika tak mikrob kita akan mati.

No comments:

Post a Comment