Tuesday, December 6, 2011

Panduan Dan Teknik Menternak Itik (Bahagian 3) akhir

  Contoh Gambar Reban Itik



PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
  • Persediaan sebelum ketibaan anak itik
  • Pemeliharaan semasa perindukan
  • Pengurusan semasa membesar
  • Pengurusan semasa bertelur
Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
  • Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
  • Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
  • Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.
Pemeliharaan Semasa Perindukan
  • Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
  • Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
  • Beri antistress selama 3 hari.
  • Beri makanan duck starter crumble tanpa had
  • Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
  • Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa Membesar
  • Keluarkan alat pemanas dan pembentung
  • Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
  • Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
  • Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
  • Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
  • Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.
Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-
  • Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 – 2900 k/cl.
  • Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.
  • Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
  • Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
  • Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
  • Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
  • Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
  • Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
  • Semak keperluan cahaya mengikut umur itik
PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-
Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.
Telur Masin
  • Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
  • Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.
PENGURUSAN REKOD
Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.
Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan
  • Rekod pemeliharaan/pengurusan
  • Rekod kewangan

1 comment:

  1. Dapatkan Promo-promo Spesial Setiap Bulannya di Donaco Poker
    Nikmati Kemudahan Deposit Donaco Poker dengan OVOpay yang kami sediakan..
    Nikmati juga banyak Bonus Lainnya Yang Kami Sediakan..

    Dapatkan
    - Bonus Deposit 15% New Member Weekend.
    - Bonus Deposit 10% Next Deposit Weekend.
    - BONUS DEPOSIT HARIAN 5%
    - BONUS ROLLINGAN MINGGUAN 0.5%
    - BONUS KEJUTAN LAINNYA

    Hubungi Kami Secepatnya Di :
    WHATSAPP : +6281333555662

    ReplyDelete