•  Kepungan
  • Zink licin setinggi 11/2 kaki disambung menggunakan penyepit/penyokong kayu dibentuk bulat keliling dengan panjang rentas 8 meter untuk menampung setiap 1000 ekor anak itik.
  • Bahan sarap.
  • Sekam padi atau habuk papan digunakan sebagai alas lantai simen. Sarap perlu di urus dengan baik, jika basah ianya harus dibuang dan ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan lantai reban sentiasa kering.
  • Alat pemanas.
  • Set pemanas jenis LPG sesuai digunakan. Alat ini digantung di tengah-tengah kepungan dan dipasang 1- 2 jam sebelum ketibaan anak itik bagi menyediakan suasana persekitaran yang hangat dalam perindukan.
  • Bidai.
  • Bidai/ dinding plastik sangat diperlukan diperingkat perindukan sahaja iaitu pada itik berumur 1 hingga 3 minggu bagi melindungi ternakan dari angin sejuk malam dan ketika hari hujan.
  • Bekas makanan dan minuman.
  • Bentuk dan saiz bekas makanan dan minuman berbeza mengikut umur itik. Bilangan juga perlu ditambah dari masa ke semasa untuk memastikan itik mendapat makanan dan minuman yang mencukupi.Bekas air berbentuk tabung 1 dan 2 gelen juga palung automatik digunakan. Bekas makanan berbentuk dulang, palung papan panjang dan jenis kotak sesuai untuk itik daging.



    Operasi dan pengurusan


    Makanan 
    permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP
     Makanan permulaan adalah untuk anak itik umur sehari sehingga 3 minggu
    makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP.
    makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.


    Pengurusan itik muscovy terbahagi kepada 3 peringkat:-
  • Peringkat perindukan – 1 hingga 2 minggu.
  • Peringkat umur – 3 hingga 4 minggu.
  • Peringkat membesar – 5 hingga 13 minggu.


  • Umur sehari hingga dua minggu
    masukkan ke dalam kepungan.
    Air minuman yang bercampur vitamin diberikan dengan segera.
    Suhu dalam reban ialah 35 darjah celcius diperlukan untuk minggu pertama dan dikurangkan setiap hari sehingga mencapai 27- 30 darjah celcius.
    Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkat awal.
    Palong minuman sebaiknya dilapik dengan dulang bagi mengurangkan kecah dan kelembapan sarap. Palong minum diletak berselang- seli dengan palong makanan keliling dalam kepungan.
    Bidai sekeliling reban dipasang bagi melindungi anak itik dari kesejukkan dan mengawal suhu secara tetap dalam reban
    Jika suhu terlalu sejuk anak itik akan berkumpul dan akan berhimpit- himpit di satu tempat.
    Jika terlalu panas anak itik akan berselerakkan serta tercungap-cungap serta kepak yang terbuka. Haba perlu dibekalkan pada waktu pagi dan malam atau waktu hujan.

    Umur 3 hingga 4 minggu, 
    bidai di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat. Kepungan dan alat pemanas di keluarkan. Dulang makanan anak ditukar kepada palong panjang. Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet mula dicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya. Palong minuman kecil ditukar pada palong automatik kerana diperingkat ini itik mula minum dengan banyak.

    Umur 5 hingga 13 minggu, 
    makanan dan minuman perlulah sentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat dan pengambilan makanan meningkat. Untuk menyediakan makanan yang banyak dan sentiasa mencukupi, makanan mula diisi di dalam bekas berbentuk peti. Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban dibuka bagi membolehkan itik keluar ke ruang legar depan reban.Elakkan itik dari gangguan pengurusan dan tegasan iklim sehingga sampai waktu dipasarkan.
    Pengurusan yang baik akan menghasilkan pembesaran itik yang baik