Monday, November 17, 2014

Cara Mudah Menternak Ayam Kampung Ori

Ayam kampung ialah spesis ayam yang asalnya hidup liar seperti ayam hutan, kemudiaannya dipelihara dan dijinakkan. Ada pendapat mengatakan ayam kampung asalnya ialah ayam hutan. Dalam istilah Inggeris, ia dipanggil “free-range-chicken” kerana corak kehidupannya yang hidup bebas mencari makan dengan sendiri.



Pada masa sekarang, ayam kampung semakin mendapat perhatian dek kerana dagingnya yang sedap dan berkhasiat. Ramai penternak semakin ramai mengusahakan ayam kampung secara komersil. Ada untuk tujuan bekalan daging, telur dan benih ayam.


Ayam kampung ori mudah dipelihara jika kena pada caranya. Cuma pantangnya ialah:
  • Jangan mengurung ayam 24 jam
  • Jangan bergantung kepada dedak komersil sahaja
Jika anda melakukan dua perkara di atas, anda mungkin akan bankrap lebih awal kerana duit anda habis untuk membeli makanan kepada ayam selama 6 bulan sedangkan ayam belum dijual. Kalau jual pun, untung tak seberapa kerana kos makanan yang tinggi.

 Langkah-langkah di bawah dapat membantu anda untuk menjadi penternak yang berjaya:
Pagar seluruh kawasan anda supaya ayam anda tidak menceroboh ke tanah jiran dan untuk mengelakkan ayam anda dicuri dan dibaham oleh haiwan pemangsa

Amalkan konsep lepas bebas sepenuhnya atau separa bebas supaya ayam boleh hidup dengan riang gembira tanpa tekanan dan mampu berdikari mencari makanan sendiri.

Biarkan seluruh kawasan anda ditumbuhi rumput atau fauna-fauna hijau yang menyegarkan. Jangan racun kerana tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah itu sangat bermanfaat sebagai makanan ayam.

Sekali-sekala gembur-gemburlah tanah supaya tanah tidak menjadi keras dan ayam boleh makan cacing yang keluar dari tanah.

Rajin-rajinlah pergi mengutip sisa-sisa makanan dari kantin-kantin,restoran-restoran atau kedai-kedai makan sebagai makanan saguhati kepada ayam-ayam anda.

Pelbagaikan makanan ayam dari sumber-sumber percuma atau seperti hampas kelapa, jagung ‘reject’, sayur reject, buah-buahan reject,roti / biskut reject , batang pisang, batang rumbia dan sebagainya.

Untuk anak ayam yang baru menetas hingga berusia sebulan, boleh gunakan dedak awal (broiler starter) yang kaya dengan protien dan zat tambahan untuk mempercepat tumbesaran. Untuk menjimatkan kos, boleh campurkan dengan temukut dan seumpama dengannya.

Anak-anak yang berusia sebulan boleh dilepaskan untuk bagi chance depa cari makan sendiri. Pastikan keselamatan anak ayam terkawal

KAMI MEMBEKALKAN ANAK AYAM KAMPUNG ORI 
CALL 012 332 7252 
DINARA AGRO FARM

No comments:

Post a Comment