Monday, March 16, 2015

AYAM KAMPUNG DINARA AGRO FARM - Makanan Yang Baik Bermula Dari Sumber Yang Baik

Assalamualaikum

Firman Allah :
Maksudnya : Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
Demikianlah petikan ayat suci al-Quran yang menekankan mengenai pengambilan makanan yang halal dan baik dalam kehidupan. Peraturan pemakanan orang Islam adalah peraturan yang lengkap yang merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Sememangnya makanan merupakan satu nikmat yang diberikan oleh Allah di samping nikmat keamanan dan kesejahteraan.
Dewasa kini, kita dapat melihat banyak penjualan ayam-ayam kampung yang telah dipelihara dan disembelih dengan cara yang terbaik mengikut kaedah Islam. Antara alternatif lain kepada ummat Islam untuk mendapatkan ayam yang halal ialah melalui ayam kampung atau ayam kampung organik.

Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai “free range chicken” atau “organic chicken”. Ayam kampung jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Manakala ayam kampung organik adalah ayam diberi makanan yang bersih dan berkhasiat tinggi yang menawarkan faedah perubatan bagi pengguna, pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi dan ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol berbanding ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai antibiotik, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.
Siapa yang memakan ayam kampung ini?

Ayam ini hanya dimakan oleh golongan yang mengutamakan kesihatan sebagai altenatif daripada memakan ayam daging biasa yang dibesarkan dengan cara suntikan antibiotik dan hormon tumbesaran.



Apakah kesan kekerapan pengambilan ayam daging?

Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Lagi membimbangkan untuk satu tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya. Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat. Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak. Tambahan pula, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan. Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal(tempoh matang sekitar 90hari sahaja). Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Apa sebenarnya kelebihan ayam kampung berbanding ayam daging biasa?

AYAM KAMPUNG - Adalah ayam yang diternak secara sistematik, ditambahnilai dengan diberikan pemakanan organik yang berkhasiat bagi meningkatkan kualiti dan keaslian citarasa ayam semulajadi.

KELEBIHAN AYAM KAMPUNG
- Bebas Antbiotik, Bebas Suntikan Hormon, Beta Agonist atau Salbutamol
- Disembelih secara HALALAN TOYYIBAN
- Penggunaan Dedak dan Jagung sebagai makanan utama
- Rendah Kolestrol dan Sedikit Lemak
- Tinggi Kandungan Protein
- Daging Berkualiti dan Rasa Lebih Enak
- Bebas Selsema Burung, Bakteria Salmonella dan E-Coli
- Bebas Bahan Pengawet dan mempunyai Kandungan Nutrisi yang Tinggi
- Baik untuk Kesihatan dan mampu Membina Sistem Imunisasi Badan

Sebenarnya makanan juga mempengaruhi kehidupan anda, kerana makanan yang baik menjamin kesihatan yang baik serta melahirkan kehidupan yang baik. Tidak salah untuk kita berubah kepada sesuatu yang lebih baik kerana Allah berfirman 'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. (Surah ar-Ra'd 13:11)

Jadi kepada anda semua lakukanlah perubahan sekarang supaya dapat menjamin kepada masa depan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment