Monday, October 29, 2018

AYAM KAMPUNG DELIVERY MELAKA

BISMILLAH
Assalamualaikum W.B.T
Kami janjikn kepada para pelanggan kami
AYAM KAMPUNG siap proses SEGAR dan BERSIH
isi AYAM KAMPUNG dan hati, pedal, kaki, tongkeng dan leher ayam juga dibersihkan.

♡AYAM KAMPUNG BOKASHI DINARA♡
Pemakanan buatan sndiri dari umur 1hari SEHINGGA 1.0kg KE 1.3kg
bebas bahan kimia dan ubatan..minuman EM HERBA diberikan kepada ternakan.

Rasai kelainan daging Ayam Kampung Bokashi Dinara yang lebih sedap..kenyal..manis. semestinya baik utk kesihatan.
💁Khas utk Melaka sahaja. 🐔Apa tunggu lagi klik whatsapp dibawah www.wasap.my/60123327252 24hrs service




Friday, August 31, 2018

KETUM AYAM sebagai makanan alternatif Ayam Kampung

Madre de Agua atau nama saintifiknya Trichanthera Gigantea, dan ada juga di Malaysia memanggilnya Ketum Ayam., elok kita panggil Daun Madre sahaja, untuk memudahkan menyebutnya.

Kelebihan daun ini adalah kerana, ia mempunyai nutrisi yang baik yang berpotensi untuk mengurangkan penggunaan dedak, . Kandungan protein Daun Madre (bahan terpenting untuk tumbesaran) adalah tinggi iaitu sehingga 23.3% setara dengan dedak starter dipasaran (19-21%),  Oleh kerana pokok ini boleh membiak dengan mudah dan kurang serangan penyakit, ia amatlah sesuai diberikan kepada Ayam Kampung sebagai makanan alternatif atau makanan tambahan untuk penjimatan kos makanan penternak ayam kampung.

Pokok Madre 
membesar sehingga 5M -10M. Ia mempunyai dahan yang agak kuat dan daun yang lebar mencecah 35x17cm berbentuk oval berhujung tirus. Ianya hanya mengeluarkan bunga apabila cukup matang. 

Kandungan protein tertinggi didapati pada tempoh 2-3minggu dari daun mula bertunas. Anda disarankan untuk memetik daun pada setiap 2-3 minggu. Pokok yang berumur 4bulan selepas penanaman boleh menghasilkan sehingga 250gram daun segar pada setiap penuaian. Cantas pangkal pokok apabila meningkat tinggi sekitar 5kaki. Ini membolehkan tunas baru tumbuh di pangkal pokok, dan tunas ini lebih segar berbanding tunas yang tumbuh di dahan! Ia juga bertujuan untuk menyenangkan penuaian.

Daun Madre De Agua sesuai diberikan kepada haiwan ternakan ruminan seperti kambing, lembu; mahupun omnivor seperti ayam dan itik dan sebagainya. Ia boleh diberikan kepada haiwan ternakan secara terus /daun segar ini sebaik dipetik.

Tuesday, June 5, 2018

PROMOSI JUALAN AYAM KAMPUNG DINARA SEMPENA SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI 2018

Bismillah
Assalamualaikum W.B.T

dan salam sejahtera kepada pelanggan dan pengunjung blog kami

OPEN ORDER Ayam Kampung Segar & Perap untuk Raya Puasa 2018📣📣📣

🚗🚗🚗 menyediakan servis COD setiap Selasa & Jumaat

☎️Hubungi kami 0196976945 / 0123327252

Atau klik link ini untuk tempahan segera

 http://www.wasap.my/60196976945/ayamkampungmelaka

#ayamkampungmelaka #menusihat #melaka

Monday, April 9, 2018

KURSUS ONLINE BOKASHI SIRI 2

Mengenali JENIS DAN FUNGSI BAKTERIA DALAM PROSES PENAPAIAN ATAU FERMENTASI

Bakteria fotosintetik adalah bakteria yang memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanannya. Ada banyak bakteria berada dalam kelas ini seperti jenis Chromatrium sp., Chlorotium sp., R. sphaeroldes dan Rhodobacter. Kumpulan ini bertanggung jawab menghasilkan asid amino, asid neukleik, mengikat nitrogen dari udara dan menukarkan gas-gas beracun seperti gas ammonia dan gas hidrogen sulfida kepada unsur nitrogen yang dapat digunakan oleh banyak tumbuhan.

Bakteria Asid Laktik berfungsi untuk bantu dan akan mempercepatkan penguraian dan proses penapaian bahan organik. Penghasilan asid laktik oleh bakteria ini membantu mempercepat penguraian lignin dan selulosa yang mana ia merupakan struktur kompleks karbohidrat. Contohnya seperti jenis L. casei, L. plantarium, Streptococus laktis dan juga Psedococus sp. Asid laktik akan menekan pertumbuhan beberapa jenis patogen dan mengurangkan populasinya.

Actinomycetes merupakan mikroorganisma yang suka tolong menolong. Ia selalunya akan wujud bersama bakteria fotosintetik. Seperti jiran-jiran yang baik, actinomycetes akan menggunakan asid amino yang dihasilkan oleh bakteria fotosintetik tadi untuk menghasilkan satu bahan antikuman. Contoh adalah seperti jenis Micromonospora sp., Nakarda sp., Propinis bakterium sp., Streptomyces albus dan S. griscus.

Yis (Yeast). Contohnya seperti Canerda c. utilis, S. cerevisiae dan Sacharomyces. Yis menghasilkan substrat atau bahan makanan untuk bakteria asid laktik dan juga actinomycetes, hormon, enzim dan bahan antibiotik.

Kumpulan cendawan penapaian dalam EM
-cendawan ini mempercepatkan penguraian bahan organik, menghasilkan sejenis antimikrob daripada ester alkohol, menghilangkan bau busuk serta mencegah serangga dan ulat perosak.

Contohnya Aspergillus oryzae, Aspergillus niger dan juga yang namanya Muchorhiermalis penicillium. Sebenarnya 'Bokashi' adalah sebuah kaedah membuat kompos atau proses dinamakan pengkomposan yang dapat menggunakan starter aerobik ataupun anaerobik untuk mengkomposkan bahan organik. Sebaiknya ia berupa campuran daripada molasses, air, starter mikroorganisme dan sekam padi.

BERSAMBUNG
SIRI 2 DARIPADA 5SIRI
IKUTI POST AKAN DATANG
CARA PEMBUATAN DAN TINDAKBALAS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...