Friday, May 27, 2011

AYAM MUTIARA/API-API: PEMBIAKAN DAN PENJAGAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Penjagaan ayam kampung telah banyak saya lihat di blog lain tetapi hanya segelintir sahaja yang menerangkan penjagaan untuk Anak ayam mutiara @ ayam api api @ guinea fowl. Walaupun ayam mutiara ini sebesar ayam tetapi ianya dalam kategori burung dan penjagaan anak ayam mutiara ini seperti anak burung.

Ayam Mutiara biasa bertelur di dalam semak(rumput dan daun kering) tempat-tempat tersorok seperti di bawah pokok(kebisaannya di pangkal akar besar pokok) dan Redup(kurang cahaya matahari)di kawasan tersebut.

Sebaiknya ayam mutiara dikurung ditempat yang lapang supaya tidak bertelur ditempat yang jauh untuk mengelakkan kesulitan mencarinya dan telur rosak sekiranya terkena air hujan dan embun.

Untuk pengetahuan semua, penetasan ayam Anak ayam mutiara @ ayam api api @ guinea fowl mengambil masa selama 28 hari.

Walaubagaimanapun ini bergantung kepada keadaan incubator.sama ada cepat atau lambat itu perkara normal.

Sekiranya telur tersebut menetas terlalu awal terdapat kebarangkalian yang anak ayam tersebut dalam phasa 'prematured', ini kadang kala boleh menyebabkan kematian. sekiranya telur tidak menetas, anak ayam tersebut mungkin telah mati didalam telur.

Pembaca/Pembeli akan diterangkan mengenai cara dan langkah menetaskan telur ayam mutiara/api-api menggunakan incubator ( alat penetasan telur )

Saya juga ingin berkongsi cara menjaga anak ayam mutiara yang masih kecil dengan cara yang lebih teratur yang dipraktikkan oleh kami di DinaraFarm.

1.Pemilihan Telur Ayam Mutiara

Telur yang dipilih mestilah atau sebaik-baiknya mengikut spesifikasi berikut

a)induk yang matang (menyumbang kepada kualiti telur dan sperma jantan yang sihat)

b)kualiti telur ( tidak terkena air )

c)incubator yang baik/berkualiti(suhu yang sentiasa selaras)

d) suhu incubator perlu pada maksimum 38 c minimum 36 c.

e) kelembapan relatif dalam incubator lebih kurang 60 %-70%

f)Inkubator Manual- Pusingan telur hendaklah dibuat sekurangnya 3 kali sehari




2.Pada Hari KE 5 dan KE 7

a)telur ayam mutiara hendak dilakukan proses candling untuk memastikan telur didalam incubator menjalani proses persenyawaan(titik darah dan urat yang terbentuk dari titik darah tersebut)

b)telur yang tidak mengandungi benih hendaklah di keluarkan untuk menjimatkan ruang bagi telur telur yang lain.


3.Pada Hari KE 25

Kerja memusingkan telur perlu diberhentikan kerana anak ayam yang bakal menetas itu berada dalam kedudukan kepala keatas dan bersedia untuk menebuk kulit telur. di khuatiri sekiranya proses memusingkan telur ini diteruskan akan menyebabkan tali pusat terbelit dan anak ayam tesebut mati.




4.Pada Hari KE 28

Anak Ayam Mutiara Mula menebuk telur(piping)

Proses keretakan kulit telur kepada keluarnya anak ayam tersebut kebiasaannya dalam masa 12 jam,

sekiranya lebih dari waktu tersebut kita harus membantu dengan memecahkan kulit telur tesebut sedikit demi sedikit, jika tidak dilakukan kemungkinan besar anak ayam tersebut akan lemas.


5.Setelah Menetas

biarkan anak anak ayam tersebut didalam incubator selama 2 hari atau sehingga bulunya kering. anak ayam ini boleh survive sehingga hari ke dua kerana dalam waktu ini ia menggunakan baki kuning telur dari dalam perut untuk bertahan.


6. Pemindahan Ke Broder(reban didik anak ayam)

anak anak ayam hendaklah dipindahkan ke tempat didik anak ( brooder ) selama seminggu atau 2 minggu (24 jam)

- perkara yang perlu diambil perhatian dalam pembuatan tempat didik anak ayam (brooder)

1) pastikan ruang yang mencukupi untuk anak ayam ( tidak terlalu sempit)

2) mentol yang digunakan di antara 5watt-100watt ( bergantung kepada keluasan brooder )

3) pastikan dilindungi dari tiupan angin(tertutup)

4) pastikan terdapat pergerakan udara di dalam brooder ( mengelakkan anak ayam lemas )

5)Menggunakan bekas air yang sesuai( mengelakkan anak ayam lemas)

6)Alas broder dengan benda yang lembut dan tidak licin

7)Najis sentiasa dibersihkan selang 2 hari bagi menglakkan hama dan agas

8)memberikan dedak ayam starter yang dihaluskan lagi.


7. Pemindahan ke Reban didik Besar

memindahkan ke tempat reban didik remaja yang lebih besar selama 2 bulan sebelum di lepaskan ke kawasan reban.

makanan untuk anak anak ayam ini ialah makanan starter untuk anak ayam kerana kadar protein yang tinggi diperlukan untuk pembesaran.

bagi mereka yang membeli benih anak ayam Mutiara, berusia bawah 1 bulan pastikan anda memiliki tempat didik ini walaupun ayam api api ini dalam kategori yang lasak, tapi masih memerlukan haba dari lampu untuk memanaskan badan.


Najis hendaklah sentiasa dicuci (jika simen) dan di sapu(jika tanah) bagi menglakkan lalat yang membawa pelbagai penyakit dan menjadi tarikan kepada hama dan agas yang akan membahayakan kesihatan anak ayam mutiara/api-api/guinea fowl ini.

7 comments:

  1. saya juga ada menternak ayam mutiara..kawasan parit buntar perak..keterangan lanjut sila ke blog saya hafismutiara.blogspot.com..jgn segan silu menjadi member saya k

    ReplyDelete
  2. salam, selepas membaca blog tuan saya ras berminat untuk membela yam mutiara ini. kalau sudi link blog saya http://ayamtanduksatu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. AsSalaamu'Alaikum =)
    Tuan, mohon tanya sedikit,
    1) Ayam Api-api (matang) ni kalau bela campur sekali dengan ayam kampung boleh ke?
    2) Telur api-api nie tekstur dia kasar tak? (ayam kampung dirumah kurang bertelur. he3)..

    ReplyDelete
  4. waalaikumusalam :)
    1) boleh tetapi makan pastikan cukup kerana ayam mutiara makan sedikit sahaja
    2) kasar dan kulitnya agak keras sedikit. jadi lebih tahan lasak. insyaallah bertelur nanti :).he

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan,
    nak Tanya sikit...Ayam mutiara ni bila gamaknya dia bertelor..satu lagi saya ade beli umor dalam 3 bulan... ayam ni saya kurong...kesian plak tengok ayam ni... bila agaknyer boleh dilepaskan bebas untuk menikmati keindahan alam maya...kalau dah lepas tau tak jalan balik nii... ugi den nanti...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam tuan :)...dalam umur 4 bulan sudah bertelur..jika sudah besar boleh shj dilepaskn...pastikan dalam kumpulan...supaya ayam selamat..TK

      Delete
  6. ada jual telur ayam mutiara / puyuh berbenih (subur)...
    saya nak buat untuk pengeraman dalam incubator..
    emzza@hotmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...