Wednesday, November 26, 2014

Penyakit Ayam Kampung dan Cara Merawat Mencegah Mengawal

Newcastle Disease 

Agent Virus Paramyxo

Sindrom pernafasan, ganguan saraf, gangguan viscerotropic
Tanda-tanda
Ganguan pernafasan- Sesak nafas dan batuk
Gangguan saraf- Drooping wing, kaki menggeletar, kepala teleng, berpusing, berundur semasa minum, lumpuh, telur berubah warna dan bentuk, pengeluaran telur menurun & albumin cair
gangguan viscerotropic
Cirit birit ( cair dan kehijauan) bengkak tisu dan leher kematian 100% dewasa
Pencegahan
Vaksinasi Newcastle (ND) melalui air minum pada anak ayam berumur 1 hari
Atau titisan pada mata atau hidung

Infectious Coryza
Agent
Bakteria haemophilus gallinarum

Penyakit pernafasan
Tanda-tanda
Keluar cecair dari hidung, bersin dan bengkak muka dibahagian mata hingga tertutup mata
Rawatan
Antibiotik bakterin

CoccidiosisAgentProtozua Emeria necatrix
Protozua Emeria tenella
Pada ayam diperingkat dewasa
Penyebab1. Kerosakan tisu
2. Banyak sporuliated oocysts membiak dalam najis
3. mencemari makanan minuman
Tanda-tanda1. Berat badan turun
2. cirit-birit teruk
3. hilang selera makan
4. Pengeluaran telur kurang
5. najis berdarah
6. Darah beku dan berkumpul di ceca
7. Menyebab tisu usus rosak
Rawatan
Coccidiostat dicampur didalam minuman
 Basmi kuman dengan bersihkan reban
Diagnosa
Penemuan oocysts dalam najis atau kikisan dinding usus
Bedah siasat 5 ekor hidup dan 5 ekor mati
Semple najis dihantar ke makmal berjadual

Herminthiasis
Penyebab
Cacing gelang
Cacing pita
Pada ayam penelur dan baka
Termakan telur larva cacing dari serangga, kumbang, siput, lalat
Tanda-tanda1. Hilang selera makan, bantut, lemah
2. mati bila cacing sekat usus
3. Penebalan, inflamasi dan nodular pada dinding ceca
Rawatan
Sanitasi kandang
Jaga kebersihan
Guna ubat cacing

 Marek’s Disease
Agent
Herpes virus(serotype1& 2)
Jangkitan melalui pernafasan, virus matang dilepas ke udara dan berjangkit
Tanda-tanda1. Paralysis (lumpuh)
2. kebanyakan monyok & mati
3. Tumor pada hati limpa jantung buah pinggang dan otot pada ayam umur 3 minggu
Pencegahan
Vaksinasi ditempat penetasan
Amalan sanitasi pada awal penetasan

 Infectious Bursal Disease ( Gumboro Disease)
AgentVirus IBD
Berjangkit & cepat merebak
Tanda-tandaCirit berit
Vent picking ( mematuk-matuk)
Inflamasi pada cloaca
Edema pada cloaca bengkak kekuningan
Pendarahan pada peha otot kaki dan bahagian pektoral
Tiada rawatan
Vaksinasi (ive IBD) melalui titisan mata, minuman
cucuk bawah kulit pada ayam peringkat grower
sebelum waktu betelur

 Pollerem
Agent
Bakteria Salmonella pullorom
Jangkitan peringkat telur bila telur menetas lahir generasi berpenyakit
Tanda-tanda
1. Ayam berkumpul kekawasan haba
2. tidak makan & mengantuk
3. najis warna putih kuning
4. Kematian tinggi pada anak dan dewasa
Pencegahan
Furazolidone 0.022% dalam makanan
Egg Drop Synrome (EDS)
Agent
Adenovirus
Jangkitan pada telur
Telur tersebut bercengkerang lembut, nipis tidak jadi sempurna lembik berwarna perang
Tiada tanda sakit pada ayam
Cuma berlaku pada telur
Tanda-tanda
1. Kehilangan warna pada telur
2. cengkerang nipis dan mudah pecah
3. telur tanpa cengkerang
4. pengeluaran telur berkurangan mendadak
 Vaksinasi
Berikan Vaksinasi oil adjuvant usia 14-18 minggu

Infectious BronchitisAgent
Corona Virus
Berjangkit, akut
Tanda-tanda1. Batuk , cecair hidung pada anak ayam saja
2. bengkak muka, air mata meleleh
3. Gangguan pernafasan
Tiada rawatan dan vaksin hanya ada pada combination Newcastle & Bronchitis vaccine
Cuma memerlukan masa untuk kembali normal.. Baiki pengudaraan reban

Sunday, November 23, 2014

Halal: Cara Sembelihan Yang Sah Mengikut Hukum Syarak

Penyembelihan : Pengertian Penyembelihan
PENDAHULUAN
Penyembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Penyembelihan menurut bahasa ialah Thayyib iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah Tatmim membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :
Maksudnya:
“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”
(Riwayat Ibnu ‘Abbas)


Terlebih dahulu mari kita melihat kepada kepentingan sembelih. Sembelihan dalam Islam bertujuan mematikan haiwan dan menghalalkan dagingnya untuk dimakan. Ini berbeza debgan sembelihan dalam agama lain. Sembelihan mereka juga bertujuan untuk mematikan haiwan tetapi tidak menghalalkan dagingnya.
 
HUKUM PENYEMBELIHANHukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal dimakan.
Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai dan najis.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ
Maksudnya:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah Al-Ma’idah 5:3)

DALIL PENSYARI‘ATAN PENYEMBELIHANFirman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”(Surah Al-An‘am, 6:118)
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”(Riwayat Muslim)

 
RUKUN PENYEMBELIHAN
Penyembelih:
a) Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.
b) Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.
c) Berakal dan berfikiran waras.
d) Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).


Jika dilihat dalam ta'rif tersebut, kita dapat membahagikannya kepada 4 perkara utama yang juga merupakan rukun sembelihan:
 
1. Melukakan anggota tertentu:
Ulama membahagikan rukun ini kepada 2 mengikut jenis haiwan yang ingin disembelih. Sekiranya haiwan tersebut mampu ditundukkan oleh tenaga manusia seperti lembu, kerbau, ayam dan unta, maka wajib bagi si penyembelih menyembelih di bahagian leher haiwan dengan memutuskan kedua-dua urat halqum (salur nafas) dan urat mari' (salur pemakanan) cara ini dinamakan Ikhtiyari. Bagi haiwan yang tidak mampu ditundukkan oleh manusia seperti haiwan liar seperti burung, rusa dan kijang maka harus disembelih dengan cara melukakan mana-mana anggota haiwan tersebut yang boleh mematikannya. Cara ini turut digunakan untuk haiwan yang terjatuh di dalam lubang dan tidak dapt disembelih di lehernya maka memadai dengan dilukakan haiwan itu dengan luka yang membawa maut. Cara ini dinamakan Idtirari.
 
2. Haiwan yang halal dimakan:
Saya percaya yang para pembaca sekalian sedia maklum jenis-jenis haiwan yang halal dimakan. Haiwan yang haram dimakan seperti babi dan haiwan beracun tidak akan berubah menjadi halal walaupun disembelih. Setiap haiwan perlu disembelih kecuali ikan dan belalang. Maka termasuklah dalam kategori ikan di sini, haiwan-haiwan akuatik yang lain seperti sotong, ketam, udang, kerang dan lain-lain haiwan akuatik dikecualikan daripada kewajipan sembelihan.
 
3. Alat yang tertentu:
Apa yang dimaksudkan ialah alat yang tajam tidak kira pisau, pedang, parang, buluh mahupun kaca. Tetapi sembelihan menggunakan gigi, kuku dan tulang adalah tidak halal. Daripada Rafi' bin Khudij, aku bertanya kepada RAsulullah sesungguhnya kami bertemu binatang yang berlati kemarin dan tiada senjata bersama-sama kami, lalu baginda bersabda:
"Apa sahaja yang dapat digunakan untuk mengalirkan darah dan disebut nama Allah makanlah (tetapi) bukan disembelih dengan gigi atau kuku dan aku akan jelaskan perkara tersebut. Adapun gigi itu adalah tulang dan kuku itu adalah senjata orang Habsyi". [Mutafaqqun 'Alayhi] 

 4. Oleh orang yang tertentu:
Tidak halal sembelihan seseorang itu melainkan dia adalah seorang Islam atau setidak-tidaknya Ahli Kitab dan semestinya berakal. Tidak disyaratkan seseorang itu lelaki atau baligh maka harus bagi perempuan dan kanak-kanak mumayyiz untuk menyembelih. Persoalan yang timbul ialah siapakah mereka yang digelar Ahli Kitab? Adakah orang-orang Kristian dan Yahudi pada hari ini masih lagi dianggap Ahli Kitab. Persoalan ini memerlukan perbincangan panjang lebar dan sekiranya ada kesempatan insyaallah akan dibincangkan dalam suatu post khusus berkenaan dengannya. Maka cukuplah sekiranya saya terangkan di sini bahawa Ahli Kitab itu adalah mereka yang beriman kepada Kitab-kitab terdahulu yakni Injil dan Taurat.
Firman Allah:
وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ
"...Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka..."
[Al-Maidah:5]


Binatang Yang Disembelih:
Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya.
 
Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua kumpulan:

a) Haiwan darat.
Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti berikut:
Babi dan keturunannya.
Anjing.
Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara‘
Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya
Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.
Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya
Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut dan lebah.
Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat, ulat, dan seumpamanya.
Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak, buaya, kura-kura, dan sebagainya.

b) Haiwan Laut.
Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:
Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.
Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan; dan semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan atau bahaya kepada kesihatan manusia.
 
Alat Penyembelihan:
Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan sebagainya.
Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripadaa gigi, tulang, atau kuku.
 
Bahagian Yang Disembelih:
Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.
Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih.

SYARAT SAH PENYEMBELIHAN
Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:
Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.
Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.
Binatang itu masih hidup ketika disembelih.
Binatang itu adalah halal dimakan.
Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.
Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.
Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.
Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).
Tambahan: Sejajar dengan perkembangan semasa penyembelihan bagi tujuan komersil mesti dilakukan oleh orang yang mendapat sijil tauliah penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Negeri.

 Seterusnya kita lihat pula syarat-syarat sembelihan sepertimana yang berikut:
1. Niat kerana Allah: Tidak halal binatang yang sembelihan kecuali yang diniatkan kerana Allah. Justeru binatang yang disembelih untuk berhala dan dibunuh dengan tidak sengaja hukumnya haram dimakan. Berkaitan soal menzahirkan sebutan nama Allah, Membaca Bismillah tatkala hendak menyembelih haiwan. Dan ini merupakan syarat yang wajib baik karena sengaja, lupa, ataupun jahil (tidak tahu). Bila dia sengaja atau lupa atau tidak tahu sehingga tidak membaca Bismillah ketika menyembelih, maka dianggap tidak sah dan haiwan tersebut haram dimakan.
firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.” (Al-An’am: 121)
Bila dia mengucapkan:بِسْمِكَ اللَّهُمَّ أَذْبَحُ“Dengan nama-Mu ya Allah, aku menyembelih”, maka sah, karena sama dengan Bismillah. Bila dia menyebut nama-nama Allah Subhanahu wa Ta’ala selain Allah, maka hukumnya .

a. Bila nama tersebut khusus bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan tidak boleh untuk makhluk, seperti Ar-Rahman, Al-Hayyul Qayyum, Al-Khaliq, Ar-Razzaq, maka sah.
b. Bila nama tersebut juga bisa dipakai oleh makhluk, seperti Al-‘Aziz, Ar-Rahim, Ar-Ra`uf, maka tidak sah.

Tidak disyariatkan bershalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika menyembelih, sebab tidak ada perintah dan contohnya dari beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam maupun para sahabatnya. (Asy-Syarhul Mumti’, 3/408)

2. Putus urat Halqum dan Mari' sekiranya disembelih dengan cara Ikhtiyari.
Pada bagian leher haiwan ada 4 hal:

1-2. Al-Wadjan, yaitu dua urat tebal yang meliputi tenggorokan
3. Al-Hulqum yaitu tempat pernafasan.
4. Al-Mari`, yaitu tempat makanan dan minuman.
 
Hukum penyembelihan adalah:
- Bila terputus semua maka itu lebih afdhal.
- Bila terputus al-wadjan dan al-hulqum maka sah.
- Bila terputus al-wadjan dan al-mari` maka sah.
- Bila terputus al-hulqum saja maka tidak sah.
- Bila terputus al-mari` saja maka tidak sah.
- Bila terputus salah satu dari al-wadjan saja, maka tidak sah.
3.Haiwan tersebut masih dalam hayat Mustaqirrah: Tanda-tandanya ialah darah memancut keluar selepas disembelih dan masih dapat meronta dengan kuat selepas disembelih.
4. Haiwan yang halal dimakan
5. Alatan yang tajam. Daripada Syaddad bin 'Aus katanya, sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik ke atas setiap sesuatu, apabila kamu mebunuh, bunuhlah dengan baik dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik dan hendaklah seseorang di antara kamu menajamkan pisaunya dan berilah kerehatan pada binatang sembelihannya."
[Riwayat Muslim]
“Wahai ‘Aisyah, ambilkanlah alat sembelih.” Kemudian beliau berkata lagi: “Asahlah alat itu dengan batu.” (HR. Muslim )
6. Sembelihan dengan sekali potong: Yakni melalukan pisau di tempat sembelihan sehingga putus bahagian yang diwajibkan tanpa menanggkat pisau.
7. Penyembelih tidak berada dalam ihram.
8. Penyembelih seorang Islam atau sekurang-kurangnya Ahli Kitab. Kata Ibnu Abbas:
"Sesungguhnya dihalalkan sembelihan Yahudi dan Nasrani dipihak mana mereka beriman dengan Taurat dan Injil."

 PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN
Membaca bismallah.
Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.
Membaca salawat ke atas Nabi.
Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.
Menggunakan pisau yang tajam.
Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
Melakukan penyembelihan dengan segera.
 
PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHANMengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.
Menyembelih hingga terputus kepala.
Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.
 
HIKMAH PENYEMBELIHAN
Penyembelihan diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam untuk memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif pada diri seseorang muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan sebagainya.
Sesuatu yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya akan menghasilkan sesuatu keburukan yang lain pula.
Selain itu, penyembelihan juga dapat memberikan banyak kebaikan dan hikmat. Antaranya adalah seperti berikut:
Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan haiwan.
Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam.
Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.
Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut.
Sebagai meminta keizinan dari Allah subhanahu wata‘ala kerana haiwan dan manusia adalah makhluk Allah subhanahu wata‘ala yang bernyawa.



Monday, November 17, 2014

Cara Mudah Menternak Ayam Kampung Ori

Ayam kampung ialah spesis ayam yang asalnya hidup liar seperti ayam hutan, kemudiaannya dipelihara dan dijinakkan. Ada pendapat mengatakan ayam kampung asalnya ialah ayam hutan. Dalam istilah Inggeris, ia dipanggil “free-range-chicken” kerana corak kehidupannya yang hidup bebas mencari makan dengan sendiri.



Pada masa sekarang, ayam kampung semakin mendapat perhatian dek kerana dagingnya yang sedap dan berkhasiat. Ramai penternak semakin ramai mengusahakan ayam kampung secara komersil. Ada untuk tujuan bekalan daging, telur dan benih ayam.


Ayam kampung ori mudah dipelihara jika kena pada caranya. Cuma pantangnya ialah:
  • Jangan mengurung ayam 24 jam
  • Jangan bergantung kepada dedak komersil sahaja
Jika anda melakukan dua perkara di atas, anda mungkin akan bankrap lebih awal kerana duit anda habis untuk membeli makanan kepada ayam selama 6 bulan sedangkan ayam belum dijual. Kalau jual pun, untung tak seberapa kerana kos makanan yang tinggi.

 Langkah-langkah di bawah dapat membantu anda untuk menjadi penternak yang berjaya:
Pagar seluruh kawasan anda supaya ayam anda tidak menceroboh ke tanah jiran dan untuk mengelakkan ayam anda dicuri dan dibaham oleh haiwan pemangsa

Amalkan konsep lepas bebas sepenuhnya atau separa bebas supaya ayam boleh hidup dengan riang gembira tanpa tekanan dan mampu berdikari mencari makanan sendiri.

Biarkan seluruh kawasan anda ditumbuhi rumput atau fauna-fauna hijau yang menyegarkan. Jangan racun kerana tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah itu sangat bermanfaat sebagai makanan ayam.

Sekali-sekala gembur-gemburlah tanah supaya tanah tidak menjadi keras dan ayam boleh makan cacing yang keluar dari tanah.

Rajin-rajinlah pergi mengutip sisa-sisa makanan dari kantin-kantin,restoran-restoran atau kedai-kedai makan sebagai makanan saguhati kepada ayam-ayam anda.

Pelbagaikan makanan ayam dari sumber-sumber percuma atau seperti hampas kelapa, jagung ‘reject’, sayur reject, buah-buahan reject,roti / biskut reject , batang pisang, batang rumbia dan sebagainya.

Untuk anak ayam yang baru menetas hingga berusia sebulan, boleh gunakan dedak awal (broiler starter) yang kaya dengan protien dan zat tambahan untuk mempercepat tumbesaran. Untuk menjimatkan kos, boleh campurkan dengan temukut dan seumpama dengannya.

Anak-anak yang berusia sebulan boleh dilepaskan untuk bagi chance depa cari makan sendiri. Pastikan keselamatan anak ayam terkawal

KAMI MEMBEKALKAN ANAK AYAM KAMPUNG ORI 
CALL 012 332 7252 
DINARA AGRO FARM

PPAKM DI MAHA 2014

PERSATUAN PENTERNAK AYAM KAMPUNG MALAYSIA(PPAKM): 
PENERAJU PENGELUARAN MAKANAN BERASASKAN 
AYAM KAMPUNG
JUMPA KAMI DI BOOTH PPAKM @ MAHA 2014

Saturday, November 8, 2014

Vaccines

Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals Sdn. Bhd manufacture high quality live and inactivated vaccines for the local and international market. All the vaccines produced are thoroughly tested to ensure a high degree of efficacy





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...