Friday, August 31, 2018

KETUM AYAM sebagai makanan alternatif Ayam Kampung

Madre de Agua atau nama saintifiknya Trichanthera Gigantea, dan ada juga di Malaysia memanggilnya Ketum Ayam., elok kita panggil Daun Madre sahaja, untuk memudahkan menyebutnya.

Kelebihan daun ini adalah kerana, ia mempunyai nutrisi yang baik yang berpotensi untuk mengurangkan penggunaan dedak, . Kandungan protein Daun Madre (bahan terpenting untuk tumbesaran) adalah tinggi iaitu sehingga 23.3% setara dengan dedak starter dipasaran (19-21%),  Oleh kerana pokok ini boleh membiak dengan mudah dan kurang serangan penyakit, ia amatlah sesuai diberikan kepada Ayam Kampung sebagai makanan alternatif atau makanan tambahan untuk penjimatan kos makanan penternak ayam kampung.

Pokok Madre 
membesar sehingga 5M -10M. Ia mempunyai dahan yang agak kuat dan daun yang lebar mencecah 35x17cm berbentuk oval berhujung tirus. Ianya hanya mengeluarkan bunga apabila cukup matang. 

Kandungan protein tertinggi didapati pada tempoh 2-3minggu dari daun mula bertunas. Anda disarankan untuk memetik daun pada setiap 2-3 minggu. Pokok yang berumur 4bulan selepas penanaman boleh menghasilkan sehingga 250gram daun segar pada setiap penuaian. Cantas pangkal pokok apabila meningkat tinggi sekitar 5kaki. Ini membolehkan tunas baru tumbuh di pangkal pokok, dan tunas ini lebih segar berbanding tunas yang tumbuh di dahan! Ia juga bertujuan untuk menyenangkan penuaian.

Daun Madre De Agua sesuai diberikan kepada haiwan ternakan ruminan seperti kambing, lembu; mahupun omnivor seperti ayam dan itik dan sebagainya. Ia boleh diberikan kepada haiwan ternakan secara terus /daun segar ini sebaik dipetik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...