Thursday, December 8, 2011

Cara Membuat Telur Asin

Telur Asin

Pendahuluan
Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari TELUR ITIK JAWA. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.
Bahan Mentah
Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-
BAHAN 2500 biji 500 biji 100 biji
Telur Itik (biji) 2500 500 100
Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
Air (liter) 15 5.0 0.60
Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25
Cara memproses
   Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.
  • Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
  • Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).
  • Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
  • Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
  • Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
  • Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.

Tuesday, December 6, 2011

Contoh Pengiraan Modal Secara Kasar PROJEK TERNAKAN AYAM PENELUR (contoh Sahaja)

ANALISA MARGIN KASAR
PROJEK TERNAKAN AYAM PENELUR
UNTUK SATU PUSINGAN





Bilangan ayam sepusingan
100,000 ekor
Kadar kematian sepusingan
15%

Kemasukan anak ayam dara (pullet)
100000 ekor
Bilangan ayam penelur pada minggu ke 72
85000

Purata pengeluaran telur
75%

Tempoh pengeluaran telur
52 minggu
Kadar Penggunaan makanan ayam penelur
0.108 kg/ekor/hari










Perkara Unit Harga/ Unit Kuantiti RM/Pusingan
Hasil



Jualan telur ayam biji 0.19 27,375,000.00 5,201,250.00
Jualan ayam tua ekor 3.00 85,000.00 255,000.00
Jualan tinja bag 2.50 78,000.00 195,000.00
Jumlah Hasil


5,651,250.00





Kos Berubah 1



Makanan penelur kg 1.04 3,931,200.00 4,076,654.40
Ayam dara (pullet) ekor 10.41 100,000.00 1,041,392.66
Jumlah Kos Berubah 1


5,118,047.06





Margin Kasar 1 ( Jumlah Hasil – Jumlah Kos berubah 1)
533,202.94





Kos Berubah 2



Vaksin/Ubatan/Veterinar/Vitamin
(RM 0.03 /ekor)
3,000.00
Elektrik + Air
(RM 0.4 / ekor)
40,000.00
Upah/Gaji
( RM 2.10 / ekor)
210,000.00
Pembaikan dan senggaraan


25,000.00
Pelbagai


10,000.00
Jumlah Kos Berubah 2


288,000.00





Margin Kasar 2 ( Margin Kasar 1- Jumlah Kos Berubah 2)
245,202.94




Panduan Dan Teknik Menternak Itik (Bahagian 3) akhir

  Contoh Gambar Reban Itik



PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
  • Persediaan sebelum ketibaan anak itik
  • Pemeliharaan semasa perindukan
  • Pengurusan semasa membesar
  • Pengurusan semasa bertelur
Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
  • Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
  • Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
  • Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.
Pemeliharaan Semasa Perindukan
  • Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
  • Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
  • Beri antistress selama 3 hari.
  • Beri makanan duck starter crumble tanpa had
  • Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
  • Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa Membesar
  • Keluarkan alat pemanas dan pembentung
  • Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
  • Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
  • Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
  • Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
  • Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.
Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-
  • Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 – 2900 k/cl.
  • Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.
  • Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
  • Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
  • Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
  • Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
  • Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
  • Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
  • Semak keperluan cahaya mengikut umur itik
PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-
Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.
Telur Masin
  • Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
  • Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.
PENGURUSAN REKOD
Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.
Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan
  • Rekod pemeliharaan/pengurusan
  • Rekod kewangan

Panduan Dan Teknik Menternak Itik (Bahagian 2)

1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
 
Umur

Jenis Makanan

Kandungan
Protin
Tenaga
0 – 2 minggu “Duck Starter”
20 %
2700-3000
2 – 3 minggu “Duck Starter” dicampur “Duck Grower”
-
-
4 – 16 minggu “Duck Grower”
16 %
2500 – 2800
16 minggu dan semasa bertelur “Layer”
17 %
2600 – 2900
 


2. Makanan Campuran Sendiri
 
Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.
Bahan-bahan:-
Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-
Umur

0 – 4 minggu 1.2 kg. – 1.6 kg.
5 minggu – 22 minggu 11.0 kg – 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur) 160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari
Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).
 
KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
  • Menjaga kebersihan ladang setiap masa
  • Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
  • Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 – 3 hari.
  • Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
  • Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
  • Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
  • Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
  • Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
  • Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
  • Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
  • Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...