PENGENALAN
Limau nipis (Citrus Aurantifolia) adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5 - 5cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 cm tinggi.
TANAH
Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir (sandy loam).
CARA-CARA MENANAM
Membiak:
Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.
Menanam:
Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6m x 6m.
Ia boleh ditanam dalam susunan empat segi sama. Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok.
Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m.
Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang. Siram sejurus selepas menanam. Penyiraman bolehlah dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.
Selain daripada itu, pembajaan boleh juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahu lembu.
Sebanyak 30-40 kg / pokok / tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3) dan 30-60 kg / pokok / tahun selepas pokok-pokok mula berbuah.
Cantasan:
Catasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu untuk dilakukan.
Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul di keliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai
PENJAGAAN
Pembajaan
Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:-
- Baja tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4)
- Baja untuk buah : NPK Mg (12:12:17:2)
HASIL
Pokok mula berbuah antara 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasil antara 20-25 kg / pokok / tahun boleh diperolehi.
Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.
No comments:
Post a Comment