LANGKAH 1
Telur-telur
yang ingin dimasukkan ke dalam
incubator mestilah sempurna dari segi rupabentuk, permukaan kulit dan
saiz. Telur-telur yang tidak sempurna atau cacat tidak akan menetas walaupun dieram oleh induk ayam sendiri. Telur paling sesuai disimpan di antara 2-7 hari sebelum dimasukkan ke dalam incubator. Penyimpanan
telur di atas tray telur mestilah dengan hujung bulan ke atas dan
hujung
runcing ke bawah. Ini bagi
mengelakkan ruang udara dalam telur daripada pecah atau bocor akibat
himpitan dari cecair dalam
telur itu sendiri.
LANGKAH 2
Telur
yang telah dikumpul mestilah
kering dan bersih, namun begitu aktiviti membasuh telur menggunakan air
adalah sangat tidak digalakkan
malahan dilarang terus apabila
penternak ingin menggunakan incubator sebagai medium penetasan telur.
LANGKAH 3
Sebaliknya
untuk membersihkan telur yang
telah dikumpulkan, penternak digalakkan menggunakan span atau kain
kering untuk mengesat kotoran
seperti najis atau tanah yang
terdapat di kulit telur. Kaedah ini adalah selamat
kepada telur dan akan menjamin kejayaan penetasan.
LANGKAH 4
Kulit
telur mempunyai satu lapisan
nipis bahan pelindung semulajadi yang dihasilkan bagi menghalang
kemasukan bacteria ke dalam
telur. Lapisan ini adalah sangat
nipis sehinggakan akan terhapus sekiranya dibasuh atau dibersihkan
dengan bendalir. Oleh
itu, elakkan membasuh telur dan
sebaliknya gunakanlah kaedah alternatif yang telah diajarkan.
LANGKAH 5
Bagi
penternak yang sering memasukkan
telur ke incubator dari pelbagai peringkat, sila tuliskan tarikh telur
dimasukkan atau tarikh
jangkaan menetas di atas kulit
telur. Elakkan mengunakan marker atau seumpamanya kerana ia mungkin
racun kepada telur sebaliknya
gunakanlah pensel biasa sebagai
bahan menanda. Selain tarikh,
baka, no. ibu,
no. bapa, no. reban dan
sebagainya juga boleh ditulis ke atas kulit telur sesuai dengan rujukan
para penternak.
LANGKAH 6
Setelah
itu masukkan telur-telur ke dalam
incubator setelah pengesan suhu pelarasan dibuat, pastikan bulb
pengesan suhu thermostat
berada betul-betul di atas telur
bagi membolehkan ia mengesan suhu sebenar pada permukaan kulit telur. Perkara ini adalah sangat penting yang mana kebanyakan penternak tidak menyedarinya.
No comments:
Post a Comment