Firman Allah :
Maksudnya : Dan makanlah
makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan
bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
Demikianlah petikan ayat suci
al-Quran yang menekankan mengenai pengambilan makanan yang halal dan baik dalam
kehidupan. Peraturan pemakanan orang Islam adalah peraturan yang lengkap yang
merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Sememangnya makanan merupakan satu
nikmat yang diberikan oleh Allah di samping nikmat keamanan dan kesejahteraan.
Dewasa kini, kita dapat
melihat banyak penjualan ayam-ayam kampung yang telah dipelihara dan disembelih
dengan cara yang terbaik mengikut kaedah Islam. Antara alternatif lain kepada
ummat Islam untuk mendapatkan ayam yang halal ialah melalui ayam kampung atau
ayam kampung organik.
Ayam kampung adalah panggilan
bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai
“free range chicken” atau “organic chicken”. Ayam kampung jenis ini bergerak
bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk
semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing
serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies
tumbuhan herba. Manakala ayam kampung organik adalah ayam diberi makanan yang
bersih dan berkhasiat tinggi yang menawarkan faedah perubatan bagi pengguna,
pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik
menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi dan ciri daging yang enak
dan berprotin tinggi tanpa kolesterol berbanding ayam daging komersial yang
hidup dengan pelbagai antibiotik, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia
yang diharamkan oleh kerajaan.
Siapa yang memakan ayam kampung ini?
Ayam ini hanya dimakan oleh golongan yang
mengutamakan kesihatan sebagai altenatif daripada memakan ayam daging biasa
yang dibesarkan dengan cara suntikan antibiotik dan hormon tumbesaran.
Apakah
kesan kekerapan pengambilan ayam daging?
Pensyarah
Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh
berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa
kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Lagi membimbangkan untuk
satu tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko
penyakit kanser.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar
pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains
Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pembesaran ayam daging yang
bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan
manusia yang memakannya. Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh
menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal
meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat. Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses
ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua
kelak. Tambahan pula, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar
kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan
berprotein. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi
penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.
Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal(tempoh matang sekitar 90hari sahaja). Justeru, adalah
dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang
tidak pernah wujud sebelum ini.
Apa sebenarnya kelebihan ayam kampung
berbanding ayam daging biasa?
AYAM KAMPUNG - Adalah ayam yang
diternak secara sistematik, ditambahnilai dengan diberikan pemakanan organik yang
berkhasiat bagi meningkatkan kualiti dan keaslian citarasa ayam semulajadi.
KELEBIHAN AYAM KAMPUNG
-
Bebas Antbiotik, Bebas Suntikan Hormon, Beta
Agonist atau Salbutamol
- Disembelih secara HALALAN TOYYIBAN
- Penggunaan Dedak dan Jagung sebagai
makanan utama
- Rendah Kolestrol dan Sedikit Lemak
- Tinggi Kandungan Protein
- Daging Berkualiti dan Rasa Lebih
Enak
-
Bebas Selsema Burung, Bakteria Salmonella dan E-Coli
-
Bebas Bahan Pengawet dan mempunyai Kandungan Nutrisi yang Tinggi
-
Baik untuk Kesihatan dan mampu Membina Sistem Imunisasi Badan
Sebenarnya makanan juga mempengaruhi
kehidupan anda, kerana makanan yang baik menjamin kesihatan yang baik serta
melahirkan kehidupan yang baik. Tidak salah untuk kita berubah kepada sesuatu yang
lebih baik kerana Allah berfirman 'Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. (Surah ar-Ra'd 13:11)
Jadi kepada anda semua lakukanlah perubahan sekarang supaya dapat menjamin kepada masa depan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment