Tuesday, November 29, 2011

Panduan Menanam Limau Kasturi

LIMAU KASTURI ATAU LIMAU NIPIS (Citrus Aurantifolia)




PENGENALAN

Limau nipis (Citrus Aurantifolia) adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan.  Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5 - 5cm garis pusat.  Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.  Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 cm tinggi.

 TANAH
Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir (sandy loam).

CARA-CARA MENANAM

Membiak:
Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut.  Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.

Menanam:
Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6m x 6m.  
Ia boleh ditanam dalam susunan empat segi sama.  Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok.
Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m.  
Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang.  Siram sejurus selepas menanam.  Penyiraman bolehlah dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.
Selain daripada itu, pembajaan boleh juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahu lembu.  
Sebanyak 30-40 kg / pokok / tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3) dan 30-60 kg / pokok / tahun selepas pokok-pokok mula berbuah.

Cantasan:
Catasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu untuk dilakukan.



Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul di keliling pokok.  Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai

PENJAGAAN
Pembajaan
Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:-
  • Baja tumbesar        :    NPK Mg (15:15:6:4)
  • Baja untuk buah     :    NPK Mg (12:12:17:2)


HASIL
Pokok mula berbuah antara 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut.  Hasil antara 20-25 kg / pokok / tahun boleh diperolehi.
Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.

Sunday, October 23, 2011

Anak Ayam Mutiara untuk Dijual

Salam Sejahtera

kepada pelanggan yang dihormati. sekarang ayam mutiara sudah ada stok. umur dalam seminggu. harga mengikut umur dari RM15 sehingga RM 25 untuk warna Hitam dan RM20-RM40 untuk warna Lavender
call azam 0123327252

sekian..terima kasih

Wednesday, September 14, 2011

Anak Ayam Kampung Kacuk

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera


Kali ini kami nak kongsi tempat untuk beli anak ayam kampung kacuk.Harga sama la macam tempat lain.Bekalan sangant konsisten.Setiap Hari Isnin. Kalau nak order sekali boleh. Saya ambil dekat kedai. Nanti boleh datang ke ladang kami untuk ambil.

Call 0123327252 (azam)




Wednesday, August 31, 2011

Hari Raya 1432 Hijrah

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Kami ucapkan kepada pengunjung setia blog Dinara Agro Farm. Kami dengan rasa rendah diri Mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DI BULAN SYAWAL 1432 Hijrah kepada para sahabat seperjuangan dan pelanggan kami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...