Sunday, December 4, 2011

Panduan Dan Teknik Menternak Itik (Bahagian 1)





PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
  • mempunyai daya hidup yang tinggi
  • bebas dari kecacatan
  • penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
  • menghasilkan telur yang berkualiti
  • berat antara 65 – 75 gm sebiji
  • kulit telur adalah keras
  • warna kuning telur kemerah-merahan
  • saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
  • ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
  • Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
  • Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
  • Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
  • Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.
PERALATAN
Induk palsu antaranya:
  • Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
  • Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
  • Sarang bertelur
  • Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya
PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
  • Makanan komersil
  • Makanan campuran sendiri

Wednesday, November 30, 2011

Panduan Menanam Rumput Napier / Rumput Lembu

Kami Menjual Benih Rumput Napier

Harga RM0.20 = 1 MATA BENIH 

Pembelian Secara Borong Juga  Amat Dialu-alukan

Call Untuk Keterangan Lanjut 0123327252

 

CARA TANAM RUMPUT NAPIER

Penanaman Rumput Napier Secara Tampang Mengunakan keratan batang, jalaran/stolon atau mengunakan anak. Cara ini biasa dilakukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi biji yang dikeluarkan tidak boleh bercambah.
Menanam rumput napier/gajah (Pennisetum pupureum) biasanya mengunakan keratan batang,batang yang digunakan mestilah cukup tua. Keratan-keratan ini juga dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan ditanam sebeberapa segera selepas diambil.

Ada beberapa cara menanam mengunakan keratan batang:- 1. Menanam secara cucuk
2. Menanam secara baring
3. Menanam tidak mengunakan baris

Menanam secara cucuk
Batang- batang napier dikerat anggaran 3-5 ruas/buku,
3/4 daripada panjang keratan tadi dicucuk kedalam tanah dengan menyerong 45ยบ condong, jarak tanaman pula ialah 30 sm. X 50-60 sm.

Menanam secara baring Batang napier biasanya panjang,
keratan-keratan dibaringkan mengikut baris dan dikambus dengan kemas sedalam 6-10 sm. Jarak antara baris pula ialah 60 sm.
Menanam tidak mengikut baris Keratan napier yang pendek atau lain-lain jenis pastura (contoh: Brachiaria decumben) ditabur rata-rata diatas pemukaan tanah yang telah siap disediakan,
kemudian dengan mengunakan pencakar atau "rotary tiller" yang dijalankan dengan trektor, lalu dikawasan tersebut secara teratur.

Kebaikan cara ini; a) Sesuai untuk kawasan yang luas
b) Cara termudah, menjimatkan masa

Keburukanya a) Pertumbuhan tidak teratur
b) Sebahagian akan mati kerana tidak semua keratan tertimbus.

Menuai dan memotong rumput. Pemotong Pertama
Waktu pemotongan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pastura.
Pemotongan yang terlalu awal akan merosakan rumput kerana sistem akar rumput tersebut belum cukup kukuh.
Secara umum ianya boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga atau terdapat beberapa rumpun yang telah mula mengeluarkan bunga dalam kumpulan tersebut

Pemotongan seterusnya Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebeh cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam.
Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragutan.
Melalui kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura/foder yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan:-Pastura/foder

Jangkaan masa rehat (minggu)

  1. RumputNapier 5 - 6
  2. Rumput Para 3 - 4
  3. Rumput Kuda/Guinea 4 - 5
  4. Rumput Signal 4 - 5
  5. Rumput Setaria 4 - 5

Tuesday, November 29, 2011

Panduan Menanam Limau Kasturi

LIMAU KASTURI ATAU LIMAU NIPIS (Citrus Aurantifolia)




PENGENALAN

Limau nipis (Citrus Aurantifolia) adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan.  Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5 - 5cm garis pusat.  Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.  Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 cm tinggi.

 TANAH
Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir (sandy loam).

CARA-CARA MENANAM

Membiak:
Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut.  Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.

Menanam:
Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6m x 6m.  
Ia boleh ditanam dalam susunan empat segi sama.  Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok.
Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m.  
Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang.  Siram sejurus selepas menanam.  Penyiraman bolehlah dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.
Selain daripada itu, pembajaan boleh juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahu lembu.  
Sebanyak 30-40 kg / pokok / tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3) dan 30-60 kg / pokok / tahun selepas pokok-pokok mula berbuah.

Cantasan:
Catasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu untuk dilakukan.



Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul di keliling pokok.  Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai

PENJAGAAN
Pembajaan
Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:-
  • Baja tumbesar        :    NPK Mg (15:15:6:4)
  • Baja untuk buah     :    NPK Mg (12:12:17:2)


HASIL
Pokok mula berbuah antara 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut.  Hasil antara 20-25 kg / pokok / tahun boleh diperolehi.
Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.

Sunday, October 23, 2011

Anak Ayam Mutiara untuk Dijual

Salam Sejahtera

kepada pelanggan yang dihormati. sekarang ayam mutiara sudah ada stok. umur dalam seminggu. harga mengikut umur dari RM15 sehingga RM 25 untuk warna Hitam dan RM20-RM40 untuk warna Lavender
call azam 0123327252

sekian..terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...