Tuesday, December 20, 2011

Mengenali Bunyi Ayam Mutiara Jantan (VIDEO)

 Cara untuk mengenali bunyi Ayam Mutiara Jantan

How to Raise Guinea Fowl (VIDEO)

Just Wanted to share some oversea video regarding the raising of Ayam Mutiara / Api-Api / Guinea Fowl
Selamat Menonton

PENTERNAKAN AYAM BELANDA / TURKEY / PIRU

TEKNIK MENTERNAK DAN MEMELIHARA AYAM BELANDA / PIRU / TURKEY

 

Ayam Belanda ialah haiwan yang tergolong dalam golongan kelas burung. Ayam Belanda ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Ayam Belanda tidak bergigi.. Bulunya mempunyai pelbagai warna. Bergantung kepada spesis dan baka  

  

 Reban

  1. Pada musim hujan sekarang, pastikan perumah sentiasa kering, 
  2. lantai “di-spray” dengan larutan Disinfection untuk elak jangkitan bakteria. Bakteria mudah merebak dalam keadaan lembab. 
  3. membina reban yang kalis nyamuk, sama ada menggunakan jaring halus atau kelambu.
  4. Bersihkan perumah setiap hari, gas ammonia dari najis ayam boleh akibatkan penyakit pneumonia.
  5. Pagar Kawasan Reban bagi mengelakkan Anjing liar dan Musang


Pengurusan

1.Umur 1 Hari hingga 2 minggu
  •  anak ayam dipelihara dalam kotak khas (brooder) yang dibekalkan mentol sebagai pemanas.
  • suhu boleh dikawal menggunakan thermostat bagi menjimatkan tenaga elektrik
  •  permulaan (starter crumble) Makanan permulaan adalah untuk anak Ayam Belanda umur sehari sehingga 3 minggu diberikan
  • Air yang secukupnya
  • Jaring anti nyamuk di pasang sekeliling brooder bagi mengelakkan penyakit puru dan lain2 lagi.
 2.Umur 2 minggu Hingga 4 minggu
  • Anak ayam sudah boleh tidak diberikan lampu
  • dedak halus dicampur jagung halus sudah boleh di berikan beransur-ansur
  • boleh di pindahkan dari brooder ke reban didik bagi menjaga kebersihan
  • EM disemburkan di najis bagi mengelakkan pembiakan lalat dan amonia
 3. Umur 2 bulan
  • Anak ayam sudah boleh diturunkan ke atas tanah secara beransur-ansur
  • dedak kasar boleh diberikan
  • pada masa ini lebihan makanan dan rumput napier boleh diberikan kepada Ayam belanda ini supaya isinya kental dan sihat
  • Elakkan memberikan makanan lebih yang berminyak.
  
Pembiakan
  1. boleh dibiakkan dalam dua cara sama ada biar ayam belanda mengeram sendiri atau menggunakan incubator
  1. Di Amerika dan Eropah teknik permanian berhadas seperti lembu di gunapakai bagi mensenyawakan benih jantan kedalam betina untuk mendapatkan baka dan hasil yang optimum
  2. Di malaysia kaedah semulajadi di gunapakai iaitu ayam belnda berkahwin sendiri ini adalah kerana permintaan ayam belanda yang bermusim dan tidaklah menjadi menu harian seperti ayam daging
Makanan

  1. permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP Makanan permulaan adalah untuk anak Ayam Belanda umur sehari sehingga 3 minggu
  2. makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP.makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.
  3. Jagung halus juga boleh dicampurkan pada masa ini utuk menjimatkan kos
  4. Bagi Free Range juga adalah lebih baik untuk Ayam Belanda


TIPS UNTUK PENTERNAK
 Anak ayam yang berumur 1 – 15 hari perlu diberi perhatian lebih kerana ianya menentukan masa depan ayam itu. Sebab itulah untuk sesiapa yang baru nak belajar-belajar, beli anak ayam yang berusia 15 hari ke atas untuk mengurangkan risiko kematian dan kerugian.

Sunday, December 18, 2011

Panduan Menternak Itik Nila / Muscovy / Serati

 Penternakan Itik Nila Serati Muscovy



Pembangunan Ladang

Pemilihan dan mendapatakan kawasan yang sesuai untuk itik membesar dan memudahkan pengurusan harian.
Kemudahan bekalan air untuk ternakan dan mencuci serta bekalan elektrik perlu ada.
Tanah bekas lombong, kawasan tinggi atau kering ladang kelapa sawit sesuai untuk pengurusan sistem ‘deep litter’ sama ada secara intensif atau separa intensif.

 Reban

  • dibina menggunakan kayu dan beratap rumbia atau zink.
  • Bumbung berbentuk double ridge dan dinding terbuka membantu pengudaraan. 
  • Tinggi minima bahagian tengah 14 kaki, tepi 8 kaki dan cucur tepi kira –kira 5 kaki bagi mendapat 
  • suasana selesa, pengudaraan yang baik dan terhindar dari tempias ketika hari hujan. 
  • Reban berukuran 300 kaki panjang dan 24 kaki lebar boleh memuatkan 5000 ekor itik sehingga peringkat jual. 
  • bahagian legar berpagar depan reban perlu, terutama musim panas
  • Lantai simen mengelakkan kelembapan dan memudahkan pembuangan sarap setiap kali selesai satu pusingan ternakan.
  • Kemudahan jalan dan sistem perparitan dan saliran yang baik perlu ada. 
  • Bekalan elektrik dan air yang bersih untuk minuman dan cucian sangat perlu.
Peralatan:
  •  Kepungan
  • Zink licin setinggi 11/2 kaki disambung menggunakan penyepit/penyokong kayu dibentuk bulat keliling dengan panjang rentas 8 meter untuk menampung setiap 1000 ekor anak itik.
  • Bahan sarap.
  • Sekam padi atau habuk papan digunakan sebagai alas lantai simen. Sarap perlu di urus dengan baik, jika basah ianya harus dibuang dan ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan lantai reban sentiasa kering.
  • Alat pemanas.
  • Set pemanas jenis LPG sesuai digunakan. Alat ini digantung di tengah-tengah kepungan dan dipasang 1- 2 jam sebelum ketibaan anak itik bagi menyediakan suasana persekitaran yang hangat dalam perindukan.
  • Bidai.
  • Bidai/ dinding plastik sangat diperlukan diperingkat perindukan sahaja iaitu pada itik berumur 1 hingga 3 minggu bagi melindungi ternakan dari angin sejuk malam dan ketika hari hujan.
  • Bekas makanan dan minuman.
  • Bentuk dan saiz bekas makanan dan minuman berbeza mengikut umur itik. Bilangan juga perlu ditambah dari masa ke semasa untuk memastikan itik mendapat makanan dan minuman yang mencukupi.Bekas air berbentuk tabung 1 dan 2 gelen juga palung automatik digunakan. Bekas makanan berbentuk dulang, palung papan panjang dan jenis kotak sesuai untuk itik daging.



    Operasi dan pengurusan


    Makanan 
    permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP
     Makanan permulaan adalah untuk anak itik umur sehari sehingga 3 minggu
    makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP.
    makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.


    Pengurusan itik muscovy terbahagi kepada 3 peringkat:-
  • Peringkat perindukan – 1 hingga 2 minggu.
  • Peringkat umur – 3 hingga 4 minggu.
  • Peringkat membesar – 5 hingga 13 minggu.


  • Umur sehari hingga dua minggu
    masukkan ke dalam kepungan.
    Air minuman yang bercampur vitamin diberikan dengan segera.
    Suhu dalam reban ialah 35 darjah celcius diperlukan untuk minggu pertama dan dikurangkan setiap hari sehingga mencapai 27- 30 darjah celcius.
    Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkat awal.
    Palong minuman sebaiknya dilapik dengan dulang bagi mengurangkan kecah dan kelembapan sarap. Palong minum diletak berselang- seli dengan palong makanan keliling dalam kepungan.
    Bidai sekeliling reban dipasang bagi melindungi anak itik dari kesejukkan dan mengawal suhu secara tetap dalam reban
    Jika suhu terlalu sejuk anak itik akan berkumpul dan akan berhimpit- himpit di satu tempat.
    Jika terlalu panas anak itik akan berselerakkan serta tercungap-cungap serta kepak yang terbuka. Haba perlu dibekalkan pada waktu pagi dan malam atau waktu hujan.

    Umur 3 hingga 4 minggu, 
    bidai di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat. Kepungan dan alat pemanas di keluarkan. Dulang makanan anak ditukar kepada palong panjang. Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet mula dicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya. Palong minuman kecil ditukar pada palong automatik kerana diperingkat ini itik mula minum dengan banyak.

    Umur 5 hingga 13 minggu, 
    makanan dan minuman perlulah sentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat dan pengambilan makanan meningkat. Untuk menyediakan makanan yang banyak dan sentiasa mencukupi, makanan mula diisi di dalam bekas berbentuk peti. Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban dibuka bagi membolehkan itik keluar ke ruang legar depan reban.Elakkan itik dari gangguan pengurusan dan tegasan iklim sehingga sampai waktu dipasarkan.
    Pengurusan yang baik akan menghasilkan pembesaran itik yang baik




    Saturday, December 17, 2011

    PANDUAN MENTERNAK AYAM KAMPUNG

    TEKNIK MENTERNAK DAN MEMELIHARA AYAM KAMPUNG




    TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
    Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
  • Telur dan daging untuk makanan keluarga
  • Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
  • Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
  • KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
  • Boleh dibiakkan sepanjang tahun
  • Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
  • Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
  • Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  • Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
  • SISTEM PERUMAHAN
  • Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
  • 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
  • kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
  • gunakan peralatan makan/minum yang murah.
  • PEMAKANAN AYAM
    Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
  • Makanan komersil/dagangan
  • Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
  • Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
  • Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
  • Makanan Campuran atau Sisa Makanan
  • Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
  • Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
  • Ikan baja dan lain-lain
  • PENGURUSAN
    Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)
  • Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
  • Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
  • Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
  • Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)
  • Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
  • Boleh dilepaskan pada siang hari
  • Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
  • Sediakan sarang bertelur
  • Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
  • PEMBIAKAN
  • Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
  • 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
  • Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
  • Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
  • Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
  • KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
    Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
  • Warisan
  • Pemakanan
  • Pengurusan
  • Persekitaran
  • Jangkitan
  • Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
  • Reban sentiasa bersih
  • Anak ayam bebas dari penyakit
  • Jauh dari ternakan dan haiwan lain
  • Pelawat perlu dikawal
  • Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
  • Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
  • Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
  • Program Pencegahan penyakit
  • Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
  • Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
  • Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “

  • Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
  • Kurang nafsu makan
  • Monyok dan tidak aktif
  • Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
  • Muka bengkak
  • Berak cair atau berdarah
  • Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
  • JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
  • Sampar ayam (ND)
  • Penyakit Gumboro (IBD)
  • Puru
  • Salmonellosis
  • Pasteurellosis
  • Lain-lain
  • Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.
      
    Gambar Untuk Penjagaan Mengikur Umur Ayam Kampung

     Anak Ayam Dalam Brooder umur sekitar 2 hari

     Umur Sekitar seminggu tidak perlu pemanasan dari Mentol

     umur 2 minggu bulu pelepah semakin tumbuh dan sihat

     Umur hampir 2 bulan
     
    Contoh Reban Tanah Untuk Ayam Kampung

     
    Bahagian Luar Reban
     
      Reban Luar Untuk Ayam Kampung Berjalan

     Bahagian Dalam Reban Ada Tempat Bertenggek dan Bertelur

    Sunday, December 11, 2011

    Panduan Dan Teknik Menternak Ayam Pedaging

    PENTERNAKAN AYAM PEDAGING 
     

    Pengurusan Ayam Pedaging

    Ternakan yang diuruskan dengan betul dengan persekitaran yang selesa akan membesar dengan baik dan dengan itu pengeluaran ladang dapat dimaksimumkan. Ia bermula dari peringkat perolehan anak ayam sehinggalah kepada pasaran. Pengeluaran yang maksimum memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , kualiti dan pengurusan makanan / minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan. Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan kerana ianya akan menjejaskan produktiviti ayam dan mengurangkan ketahanan melawan penyakit. Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai , ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakan stress dan pembaziran, juga mempastikan keseragaman pembesaran ayam.
    Pengurusan Sisa-Sisa Ladang
    Sisa ladang ayam daging termasuklah sampah-sarap , ayam yang telah mati , tahi ayam. Jika sisa-sisa ini tidak diselenggara dengan baik sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat, selain itu juga akan menarik minat pemangsa datang ke ladang dan membawa bersama penyakit. Jika ianya tidak dilupuskan dengan sistematik dan sempurna ianya boleh menyebabkan masalah gangguan bau kepada masyarakat persekitaran dan kejadian penyakit kepada ayam-ayam peliharaan.
    Lokasi Ladang
    Pemilihan lokasi ladang adalah sangat penting. Ciri-ciri penting dalam pemilihan tapak ladang adalah -
    • Kawasan hendaklah jauh dari kawasan perbandaran dan perumahan
    • Mempunyai kemudahan perhubungan yang baik dan boleh beroperasi sepanjang masa
    • Jauh daripada lain-lain ladang
    • Kawasan datar dengan sistem saliran air yang baik
    • Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik
     
    Binaan Reban
    Reban yang hendak dibina hendaklah yang dapat menyediakan persekitaran yang memberi keselesaan kepada ayam dan pekerja serta kos yang ekonomik.
    • Bahan yang digunakan hendaklah bermutu , supaya kos penyenggaraan kurang , tahan , mudah dicuci dan tidak menyerap haba.
    • Pokok-pokok dan infrastruktur disekeliling reban tidak menghalang peredaran udara yang sempurna diantara reban dan persekitaran.
    • Rekabentuk reban memudahkan peredaran udara yang bersih yang sempurna didalam reban
    • Rekabentuk reban juga hendaklah dapat membantu kecekapan pekerja melaksanakan tugas-tugas penjagaan ayam dan pembersihan sisa ladang


     Pengrusan Penyakit
    Penyakit akan mengurangkan produktiviti ladang. Kos operasi akan meningkat akibat dari penggunaan ubat rawatan , kematian , terjejas pertumbuhan dan kehilangan kualiti selepas diproses. Langkah-langkah kawalan penyakit seperti biosekuriti dan pelalian hendaklah diambil. Penggunaan ubatan untuk rawatan perlu mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
    Vaksin serta Ubatan
    Terdapat beberapa buah syarikat yang membekalkan ubatan dan vaksin yang diperlukan oleh industri. Hampir kebanyakan bekalan ini diimport.

    Amalan Perladangan Yang Baik dan Optimis
    Penerapan amalan perladangan yang baik bermula dari peringkat perancangan menubuhkan ladang, kawalan penyakit dan pengurusan harian ladang akan memberi beberapa faedah antaranya ladang produktif , kos diminimumkan , pengeluaran dimaksimumkan , persekitaran dan hasilan yang bermutu dihasilkan.. Ini akan memberikan keyakinan kepada pengguna , meningkatkan peluang pasaran dan seterusnya menjaminkan sebuah ladang yang berdayamaju.
    Teknologi
    Beberapa teknologi baru telah diperkenalkan didalam pengeluaran ayam daging. Penggunaan teknologi-teknologi ini membantu menjimatkan penggunaan tenaga pekerja , meningkatkan output ladang dan kecekapan kawalan penyakit.
    · Perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal akan menyediakan persekitaran yang lebih sejuk dan selesa kepada ayam-ayam yang dipelihara. Kos pelaburan adalah lebih tinggi kerana menyediakan kemudahan untuk penyejukan reban dan kawalan persekitaran serta kos elektrik . Namun begitu ayam memerlukan ruang lantai yang lebih kecil . Maka itu lebih banyak ayam boleh dipelihara. Selain itu perumahan tertutup juga membantu didalam kecekapan pengawalan penyakit terutama penyakit bawaan burung dan haiwan liar. Antara kaedah yang digunakan sekarang adalah seperti 'evaporative cooling system' dan 'tunnel ventilation'. Perumahan seperti ini memerlukan kemahiran untuk mengurus dan menyenggaranya.
    · Penggunaan teknologi automasi juga telah diterapkan didalam didalam pemberian makanan , minuman , pemvaksinan dan beberapa operasi lagi.

    Peralatan Ladang
    Peralatan -peralatan pemeliharaan seperti bekas makanan, minuman dan raga ayam dihasilkan oleh kilang-kilang tempatan. Bagaimanapun teknologi moden peralatan diatas dan beberapa peralatan lain seperti alat pengeraman dan penetasan diimport. Ada beberapa syarikat tempatan yang menjadi pengedar kepada peralatan yang diimport.
    PEMASARAN AYAM DAGING
    Ayam daging dipasarkan sebagai ayam hidup , ayam sembelih bersih , pelbagai keratan dan produk sedia untuk dimasak atau dimakan. Lebih dari 80 peratus ayam daging dipasar dalam bentuk ayam hidup kepasar-pasar basah. Antara 15 hingga 20 peratus dihantar untuk disembelih diloji-loji penyembelihan yang kemudiannya dijual semula sebagai ayam siang bersih , keratan ayam dan setengah syarikat menggunakannya untuk diproses menjadi produk.
    • Pasaran Tempatan
    Daripada keseluruhan bekalan daging ayam kira-kira 85 peratus dipasarkan dalam negeri. Daging ayam dipasarkan dalam bentuk daging ayam segar kepasaran basah , melalui rangkaian pasaran sejuk seperti pasaraya atau terus kepada pelanggan seperti hotel dan restoran. Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai pasaran yang luas dan loji penyembelihan , pusat-pusat perkhidmatan diwujudkan. Bekalan dari loji penyembelihan akan dihantar dan disimpan dipusat ini sebelum ianya dibekal kepada peruncit diseluruh negara.
    a. Pengangkutan
     
    • Mengurangkan tekanan haba adalah penting dalam pengangkutan ayam. Anak ayam yang terdedah kepada tekanan kepanasan semasa diangkut kepada pelanggan akan menyebabkan kematian yang tinggi, terjejas pertumbuhan , terjejas ketahanan badan dan memudahkan terkena penyakit. Penghantaran anak-anak ayam kepada pembeli pada masa ini kebanyakannya dibuat menggunakan 'closed ventilated truck'. Penghantaran jarak jauh biasanya dibuat pada waktu malam.
    • Penghantaran ayam dewasa dibuat menggunakan lori yang diubahsuai supaya ventilasi yang baik disediakan kepada ayam-ayam yang diangkut. Penghantaran jarak jauh biasanya dibuat diwaktu malam.
    • Daging ayam akan cepat mengalami kerosakan jika terdedah kepada kepanasan yang tinggi. Daging ayam hendaklah diangkut dalam keadaan sejuk menggunakan 'refrigerated truck'.
    b. Kenderaan
    • Bagi pengangkutan anak ayam , kenderaan disediakan sendiri oleh syarikat atau ada juga yang membeli perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat lain mengikut syarat dan spesifikasi ditentukan. 
     

    Bagi ayam dewasa perkhidmatan pengangkutan disediakan sendiri oleh penternak , pemborong atau syarikat lain yang mengikat kontrak perkhidmatan pengangkutan. Kadar bayaran dikenakan adalah berdasarkan bilangan ekor dan jarak antara ladang dan pelanggan.
     

    Saturday, December 10, 2011

    Panduan Dan Teknik Ternakan Burung Puyuh

     Panduan Menternak Puyuh
     Burung puyuh adalah sejenis ternakan yang mudah dipelihara berdasarkan kepada perkara berikut:-
    • Tidak memerlukan modal permulaan yang besar
    • Boleh dipelihara oleh anggota keluarga di perkarangan rumah
    • Cepat dapat hasil iaitu 6 minggu
    • Memerlukan makanan yang kurang iatu 780 – 1 kg (6 minggu)
    • Tidak banyak masalah penyakit
    • Daging puyuh dan telur mengandungi zat yang tinggi
    • Jarak generasi pendek (5 – 6 pusingan setahun).
     
    Perancangan Projek
    • Kos/Modal
    • Ladang
    • Pengurusan
    • Pasaran
    Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri. Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan besar kemungkinan usaha menternak akan menemui kegagalan.
    Kos/Modal
    Diperlukan untuk:-
    • Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makan minum, alat pemanas dan sebagainya.
    • Kos berulang iaitu Makanan, air, gas/letrik , ubatan dan sebagainya.
    Ladang
    Pemilihan kawasan:-
    • Keluasan tanah
    • Saliran yang sempurna. Tidak mudah banjir
    • Jauh dari kawasan perumahan/perindustrian
    • Jauh dari kawasan penternakan lain
    • Mempunyai kemudahan jalanraya, bekalan letrik dan air
    • Berdekatan dengan pengguna/mempunyai pasaran
    Sistem dan Bentuk Perumahan:-
    • Sistem Lantai Atas : Menggunakan sangkar bertingkat
    • Sistem Lantai Bawah : Menggunakan bangsal/reban
     
    Bangsal/Reban
    Mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
    • Peredaran udara yang sempurna
    • Saiz yang bersesuaian dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 ” persegi
    • Kedudukan reban sebolehnya ditempat sunyi (tiada ganguan), terlindung dari matahari terik (arah Timur-Barat), cuaca buruk dan musuh.
    Peralatan
    • Bekas makanan ( dulang dan palung untuk anak serta bekas makanan yang boleh digantung
    • Bekas minuman
    • Tirai/Bidai
    • Alat pemanas. Hover ( 1 utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt – 1 utk 50 ekor) atau
      lampu minyak.
    • Habok papan (kasar) atau sebagainya (jika menggunakan lantai bawah.
    • Kertas untuk alas lantai (semasa perindukan jika menggunakan lantai atas)
    • Alat pembentung (lantai bawah)
    • Guli atau batu (untuk dimasukkan dalam bekas minum untuk mengelakkan anak puyuh masuk)
    Pengurusan
    * Baka 
     

    Jenis
    Asal
    Umur Jualan
    Bob White
    US
    6-16 minggu
    Contrunix Japonica
    Japan
    6 minggu
    Cross bred
    Tempatan
    6 minggu
    IKTA
    JPH
    6 minggu
    Pemakanan
    Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-
    • Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet atau
    • Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher Pellet
    Keperluan Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging:
    • Tenaga = 2600 – 3200 ME
    • Protin Kasar = 24 – 25 %
    Cara Pemberian
    Cara Pertama
    • 1 hari – 14 hari – Quail starter Mash
    • 15 hari hingga jual – Quail Finisher Pellet
    Cara Kedua
    • 1 hari hingga jual – Broiler Starter Mash/Crumbles atau
    • - Quail Starter Mash
    Cara Ketiga
    • 1 hari hingga 21 hari – Broiler Starter Mash
    • 22 hari hingga jual – Broiler Finisher Pellet
    Perindukan
    Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti berikut:-
    • Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau lihat taburan anak puyuh
    • Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu. Minggu 2 pada waktu malam atau hujan sahaja
    • Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam
    • Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada
    • Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor
    • Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika lantai atas)
    • Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika menggunakan kotak perindukan)
    • Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit
    • Sediakan rekod dan rekodkan semua aktiviti harian.
     

    Membesar
    • Keluarkan semua punca haba, bidai dan pembentung
    • Pastikan air/makanan sentiasa ada
    • Naikkan bekas makanan sama paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan pembaziran
      makanan
    • Elakkan sebarang kematian berpunca daripada pemangsa jenis dan pengurusan
    • Jual pada umur yang ditetapkan
    • Rekod semua aktiviti harian.
    Pengurusan Rekod
    Terdapat 2 jenis rekod iaitu Rekod Pengurusan dan Rekod Kewangan
    Rekod Pengurusan
    Catatkan yang perlu ada antaranya:-
    • Kumpulan pemeliharaan – kali ?
    • Baka
    • Punca penetasan/tempat dibeli
    • Pengeluar makanan/jenis makanan, jumlah dibeli
    • Tarikh terima/beli puyuh
    • Bilangan yang dibeli
    • Tarikh/bilangan dijual
    • Berat puyuh dijual
    • Bilangan mati
    • Lain-lain.
    Rekod Kewangan
    Catatan yang perlu ada antaranya:-
    • Hasil/Jualan
      -Tarikh, bilangan, berat, harga,pendapatan
    • Perbelanjaan Operasi
      - Kos anak puyuh, makanan, ubatan, gas/minyak/letrik, air, upah, faedah bank, susut
    • nilai bangunan dan peralatan
    • Keuntungan/Kerugian
      - Hasil (pendapatan)/Perbelanjaan
    Pemasaran
    Strategi Pemasaran
    Terdapat empat faktor yang penting yang perlu dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaan
    • Tempat
      - Menguntungkan jika berdekatan dengan kawasan pasaran
      - Tiada masalah kemudahan air dan letrik
      - Dapat mengkaji persaingan di antara penternak dan potensi pasaran
      - Ada kemudahan peti sejuk dan mesin memproses
    • Pengeluaran
      - Boleh dijual dalam bentuk hidup dan telah diproses
    • Harga
      - Harga berbeza mengikut kawasan, pasar, restorn, hotel dan lain-lain
      - Rangkaian pasaran biasanya ialah penternak, pemborong, peruncit dan pengguna. Setiap proses ini akan mempengaruhi harga jualan. Untuk mendapatkan harga yang tinggi , penternak perlu mengurangkan rangkaian ini.
    • Pengiklanan/Promosi
      - Boleh dilakukan melalui media cetak dan sebagainya bertujuan memberitahu barangan yang hendak dijual.
    Aktiviti Pemerosesan ” Down Stream”
    • Puyuh Siap Diproses – dipek dan disejukbeku
    • Pemotongan
      - Dipotong memanjang kepada 2 bahagian
      - Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
      - Dipotong mengikut permintaan
     

    Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani “kekejongan” (4 – 24 jam selepas
    disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.
    • “Breading ”
      - Saiz penting untuk mudah melekat dan rupa
      - Biasanya halus atau sederhana
      - Penambahan paprika atau rempah lain menambah rasa dan rupa
    • “Predust”
      - Cara melekatkan ‘breading’ ke kulit
      - Puteh telor kering, tepong beras, wheat gluten
      - jangan terlalu tebal kerana susah untuk membasahi dan melekat ke karkas
    • “Batter”
      - Diperbuat dari tepong gandum, air garam dan lada hitam
      - kepekatan penting untuk penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1 air)

    Thursday, December 8, 2011

    Cara Membuat Telur Asin

    Telur Asin

    Pendahuluan
    Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari TELUR ITIK JAWA. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.
    Bahan Mentah
    Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-
    BAHAN 2500 biji 500 biji 100 biji
    Telur Itik (biji) 2500 500 100
    Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
    Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
    Air (liter) 15 5.0 0.60
    Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25
    Cara memproses
       Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.
    • Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
    • Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).
    • Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
    • Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
    • Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
    • Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.

    Tuesday, December 6, 2011

    Contoh Pengiraan Modal Secara Kasar PROJEK TERNAKAN AYAM PENELUR (contoh Sahaja)

    ANALISA MARGIN KASAR
    PROJEK TERNAKAN AYAM PENELUR
    UNTUK SATU PUSINGAN





    Bilangan ayam sepusingan
    100,000 ekor
    Kadar kematian sepusingan
    15%

    Kemasukan anak ayam dara (pullet)
    100000 ekor
    Bilangan ayam penelur pada minggu ke 72
    85000

    Purata pengeluaran telur
    75%

    Tempoh pengeluaran telur
    52 minggu
    Kadar Penggunaan makanan ayam penelur
    0.108 kg/ekor/hari










    Perkara Unit Harga/ Unit Kuantiti RM/Pusingan
    Hasil



    Jualan telur ayam biji 0.19 27,375,000.00 5,201,250.00
    Jualan ayam tua ekor 3.00 85,000.00 255,000.00
    Jualan tinja bag 2.50 78,000.00 195,000.00
    Jumlah Hasil


    5,651,250.00





    Kos Berubah 1



    Makanan penelur kg 1.04 3,931,200.00 4,076,654.40
    Ayam dara (pullet) ekor 10.41 100,000.00 1,041,392.66
    Jumlah Kos Berubah 1


    5,118,047.06





    Margin Kasar 1 ( Jumlah Hasil – Jumlah Kos berubah 1)
    533,202.94





    Kos Berubah 2



    Vaksin/Ubatan/Veterinar/Vitamin
    (RM 0.03 /ekor)
    3,000.00
    Elektrik + Air
    (RM 0.4 / ekor)
    40,000.00
    Upah/Gaji
    ( RM 2.10 / ekor)
    210,000.00
    Pembaikan dan senggaraan


    25,000.00
    Pelbagai


    10,000.00
    Jumlah Kos Berubah 2


    288,000.00





    Margin Kasar 2 ( Margin Kasar 1- Jumlah Kos Berubah 2)
    245,202.94




    Panduan Dan Teknik Menternak Itik (Bahagian 3) akhir

      Contoh Gambar Reban Itik



    PENGURUSAN
    Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
    • Persediaan sebelum ketibaan anak itik
    • Pemeliharaan semasa perindukan
    • Pengurusan semasa membesar
    • Pengurusan semasa bertelur
    Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
    • Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
    • Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
    • Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.
    Pemeliharaan Semasa Perindukan
    • Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
    • Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
    • Beri antistress selama 3 hari.
    • Beri makanan duck starter crumble tanpa had
    • Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
    • Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
    Pengurusan Semasa Membesar
    • Keluarkan alat pemanas dan pembentung
    • Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
    • Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
    • Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
    • Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
    • Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.
    Pengurusan Itik Semasa Bertelur
    Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-
    • Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 – 2900 k/cl.
    • Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.
    • Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
    • Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
    • Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
    • Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
    • Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
    • Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
    • Semak keperluan cahaya mengikut umur itik
    PENGHASILAN
    Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-
    Telur Itik Segar
    Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.
    Telur Masin
    • Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
    • Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.
    PENGURUSAN REKOD
    Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.
    Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan
    • Rekod pemeliharaan/pengurusan
    • Rekod kewangan

    Panduan Dan Teknik Menternak Itik (Bahagian 2)

    1.Makanan Komersil
    Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
     
    Umur

    Jenis Makanan

    Kandungan
    Protin
    Tenaga
    0 – 2 minggu “Duck Starter”
    20 %
    2700-3000
    2 – 3 minggu “Duck Starter” dicampur “Duck Grower”
    -
    -
    4 – 16 minggu “Duck Grower”
    16 %
    2500 – 2800
    16 minggu dan semasa bertelur “Layer”
    17 %
    2600 – 2900
     


    2. Makanan Campuran Sendiri
     
    Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.
    Bahan-bahan:-
    Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .
    Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-
    Umur

    0 – 4 minggu 1.2 kg. – 1.6 kg.
    5 minggu – 22 minggu 11.0 kg – 11.8 kg
    22 minggu ke atas (semasa bertelur) 160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari
    Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).
     
    KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
    Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
    • Menjaga kebersihan ladang setiap masa
    • Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
    • Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 – 3 hari.
    • Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
    • Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
    • Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
    KEPERLUAN CAHAYA
    Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.
    2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
    • Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
    • Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
    Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
    • Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
    • Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
    • Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.

    Sunday, December 4, 2011

    Panduan Dan Teknik Menternak Itik (Bahagian 1)





    PEMILIHAN BAKA
    Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
    Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
    • mempunyai daya hidup yang tinggi
    • bebas dari kecacatan
    • penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
    • menghasilkan telur yang berkualiti
    • berat antara 65 – 75 gm sebiji
    • kulit telur adalah keras
    • warna kuning telur kemerah-merahan
    • saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
    • ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
    Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.
    PERUMAHAN DAN PERALATAN
    Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
    • Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
    • Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
    • Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
    • Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.
    PERALATAN
    Induk palsu antaranya:
    • Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
    • Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
    • Sarang bertelur
    • Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya
    PEMAKANAN
    Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
    Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
    • Makanan komersil
    • Makanan campuran sendiri

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...