Friday, April 29, 2016

PEMASARAN AYAM KAMPUNG

REZEKI ALLAH SWT YANG BAGI.

Macamna XX TERNAK AYAM BESAR2 boleh menjual:
ayam hidup 100k ekor 6Bulan?
ayam rempah 500 kotak 3 bulan ?
ayam frozen 200k ekor 12bulan ?

Soalan:
Macamna nak pastikan kita capai target jualan?


TIPS dan kaedah adalah
1)Perkara pertama adalah Yakin! Yakin yg berkat doa and usaha kita boleh.

2) Yang ke 2 pastikan kita dah ikut semua yg Wajib. Solat-Aurat-zakat-ibu bapa semua dijaga dengan baik supaya rezeki mudah masuk. Tak jaga yg ni. Macamna dasyat skills kita pakai pon tak berguna.

3) Buat kiraan jelas berapa banyak kita perlu menjual. Perlu ada target jangka masa panjang dan pendek.

Target pendek:
Contoh kiraan:
1) Dalam tempoh sebulan nak sasarkan jualan 300ekor

Maka: 300 bahagi 30 hari = 30Botol sehari perlu dijual .
Jadi kita tahu setiap hari kita perlu jual 30ekor Kalau tak cukup jual 10ekorkena bawa baki ke depan .

Contoh hari ni jual 8. So ada balance 2  tak dijual.
Maka besok kena jual 10 + 2 yg semalam tak jual.

Target panjang :
Buat kiraan yg sama tapi bahagi kepada tahunan.

Paham kan. Yg paling utama bukan lah kira kira tapi disiplin kita dalam menjual.
Bila separuh hari kita nampak belum nampak bayang nak capai target kita kena kelam kabut. Pikir lah cara macam macam utk menjual.

Dengan target kita ada misi yg lebih jelas. No such thing as meniaga suka suka.
Nak berniaga biar kaya and biar bermanfaat utk semua. Kena tanam dalam diri macam tu baru kita akan push kepada kejayaan.

Nampak mudah kiraan ini kan? Hanya kiraan tolak tambah bahagi budak sekolah rendah.Tapi berapa ramai antara anda yg buat? Sebab kita selalu lupa. 

Menjadi peniaga bukan sekadar menjual. Ia lebih dari tu! Strategy menghidupkan perniagaan. Jadilah peniaga yg bijak merancang strategy.
Siapa sentap? Mintak maaf.

Thursday, April 28, 2016

EM UNTUK HILANGKAN BAU KANDANG TERNAKAN SECARA ALAMI


"MENGHINDARKAN BAU KURANG MENYENANGKAN DI REBAN ATAU KANDANG TERNAKAN ANDA??? POKOK2 SIHAT SEGAR BUGAR???"
.
. Menternak skrg x sama lg mcm dlu2... klu dlu jiran sebelah x byk komplen... org kampung dulu bela ayam, lembu, kambing x pakai dedak... ayam lambat gemuk pun xpe... skrg klu x pakai dedak lambat besar... guna dedak bau busuk melampau2...
.
.
Jadi mesti ada yang tertanya2,
"APA SAYA NK BUAT NI??? USAH KATA JIRAN, SAYA SENDIRI PUN X TAHAN!!! STRESSSSSS!!!"
>>> Jawapannya adalah EM (Effective Microorganisms)
>>> Jawapannya adalah EM (Effective Microorganisms)
>>> Jawapannya adalah EM (Effective Microorganisms)

Terdiri dari 3 bahan:
(+) YIS. Sbg penggalak akar dan berfungsi sebagai agen fermentasi (penapaian dan pengawet)bagi mengubah struktur kimia
(+) ASID LAKTIK. Juga sebagai agen fermentasi (penapaian dan pengawet). Mengekalkan pH 2.5 - 5.5
(+) BAKTERIA FOTOTROPIK. Tukar gas berbau kepada tidak berbau
.
.
"MANA NK DPT BENDA NI? SAYA NAK TRY LAH!!!"
.
"SABAR... BLOM ABISS LAGI"
.
.
Kegunaan EM Selain Semburan Hilangkan Bau Najis Ternakan:
===================================================
>>> Minuman Haiwan
>>> Menyuburkan Tanaman
>>> Menukar Komposisi Kimia Tanah
>>> Menghindarkan Serangga Perosak

"BYK LG KEGUNAAN RUPANYA!!! DH MANA NK DAPAT???"
.
"SENANG JER... STOK HANYA 80 LITER JE YG TINGGAL...KAMI BUAT X BYK... SAPE CEPAT DIA DPT SO..."
.
.
**** WhatsApp EM ke +6012 332 7252
**** WhatsApp EM ke +6012 332 7252
**** WhatsApp EM ke +6012 332 7252






For more details, please LIKE our PAGE:

Tuesday, April 5, 2016

Bekas Ayam Bertelur dan Mengeram

IDEA TEMPAT UNTUK 
AYAM KAMPUNG BERTELUR DAN MENGERAM DENGAN LEBIH CEKAP

























DISEDIAKAN OLEH DINARA AGRO FARM (ADMIN)

Wednesday, March 23, 2016

Penternakan Ayam Kampung Komersil (UPDATE 2016)


 AYAM KAMPUNG KOMERSIL FASA 1

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
 
 KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNGBoleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
 

SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.
 
 PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain


PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

  

PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
 
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan


 Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
Reban sentiasa bersih
Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
 



Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “
 
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Kurang nafsu makan
Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
 
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAMSampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
 
PEMASARAN
Kedai Proses ayam
 Frozen , ayam perap
Pasar Borong Pasar Tani Pasar Malam
Kedai Makan


DISEDIAKAN OLEH DINARA AGRO FARM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...