Cara untuk mengenali bunyi Ayam Mutiara Jantan
Tuesday, December 20, 2011
How to Raise Guinea Fowl (VIDEO)
Just Wanted to share some oversea video regarding the raising of Ayam Mutiara / Api-Api / Guinea Fowl
Selamat Menonton
Selamat Menonton
PENTERNAKAN AYAM BELANDA / TURKEY / PIRU
TEKNIK MENTERNAK DAN MEMELIHARA AYAM BELANDA / PIRU / TURKEY
Ayam Belanda ialah haiwan yang tergolong dalam golongan kelas burung. Ayam Belanda ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Ayam Belanda tidak bergigi.. Bulunya mempunyai pelbagai warna. Bergantung kepada spesis dan baka
Reban
- Pada musim hujan sekarang, pastikan perumah sentiasa kering,
- lantai “di-spray” dengan larutan Disinfection untuk elak jangkitan bakteria. Bakteria mudah merebak dalam keadaan lembab.
- membina reban yang kalis nyamuk, sama ada menggunakan jaring halus atau kelambu.
- Bersihkan perumah setiap hari, gas ammonia dari najis ayam boleh akibatkan penyakit pneumonia.
- Pagar Kawasan Reban bagi mengelakkan Anjing liar dan Musang
Pengurusan
1.Umur 1 Hari hingga 2 minggu
- anak ayam dipelihara dalam kotak khas (brooder) yang dibekalkan mentol sebagai pemanas.
- suhu boleh dikawal menggunakan thermostat bagi menjimatkan tenaga elektrik
- permulaan (starter crumble) Makanan permulaan adalah untuk anak Ayam Belanda umur sehari sehingga 3 minggu diberikan
- Air yang secukupnya
- Jaring anti nyamuk di pasang sekeliling brooder bagi mengelakkan penyakit puru dan lain2 lagi.
2.Umur 2 minggu Hingga 4 minggu
- Anak ayam sudah boleh tidak diberikan lampu
- dedak halus dicampur jagung halus sudah boleh di berikan beransur-ansur
- boleh di pindahkan dari brooder ke reban didik bagi menjaga kebersihan
- EM disemburkan di najis bagi mengelakkan pembiakan lalat dan amonia
3. Umur 2 bulan
- Anak ayam sudah boleh diturunkan ke atas tanah secara beransur-ansur
- dedak kasar boleh diberikan
- pada masa ini lebihan makanan dan rumput napier boleh diberikan kepada Ayam belanda ini supaya isinya kental dan sihat
- Elakkan memberikan makanan lebih yang berminyak.
Pembiakan
- boleh dibiakkan dalam dua cara sama ada biar ayam belanda mengeram sendiri atau menggunakan incubator
- Di Amerika dan Eropah teknik permanian berhadas seperti lembu di gunapakai bagi mensenyawakan benih jantan kedalam betina untuk mendapatkan baka dan hasil yang optimum
- Di malaysia kaedah semulajadi di gunapakai iaitu ayam belnda berkahwin sendiri ini adalah kerana permintaan ayam belanda yang bermusim dan tidaklah menjadi menu harian seperti ayam daging
Makanan
- permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP Makanan permulaan adalah untuk anak Ayam Belanda umur sehari sehingga 3 minggu
- makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP.makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.
- Jagung halus juga boleh dicampurkan pada masa ini utuk menjimatkan kos
- Bagi Free Range juga adalah lebih baik untuk Ayam Belanda
TIPS UNTUK PENTERNAK
Anak ayam yang berumur 1 – 15 hari perlu diberi perhatian lebih
kerana ianya menentukan masa depan ayam itu. Sebab itulah
untuk sesiapa yang baru nak belajar-belajar, beli anak ayam yang
berusia 15 hari ke atas untuk mengurangkan risiko kematian dan kerugian.
Sunday, December 18, 2011
Panduan Menternak Itik Nila / Muscovy / Serati
Penternakan Itik Nila Serati Muscovy
Itik muscovy tempatan sebagai itik nila atau itik serati.
Itik ini berbulu hitam dan putih biasa dipelihara oleh orang kampung untuk menghasilkan telur dan daging.
Baka yang berwarna putih pada keseluruhan badan merupakan jenis yang di import berkualiti tinggi khusus untuk pengeluaran daging secara komersil.
Pembangunan Ladang
Pemilihan dan mendapatakan kawasan yang sesuai untuk itik membesar dan memudahkan pengurusan harian.
Kemudahan bekalan air untuk ternakan dan mencuci serta bekalan elektrik perlu ada.
Tanah bekas lombong, kawasan tinggi atau kering ladang kelapa sawit sesuai untuk pengurusan sistem ‘deep litter’ sama ada secara intensif atau separa intensif.
Reban
Kepungan
Zink licin setinggi 11/2 kaki disambung menggunakan
penyepit/penyokong kayu dibentuk bulat keliling dengan panjang rentas 8
meter untuk menampung setiap 1000 ekor anak itik.
Bahan sarap.
Sekam padi atau habuk papan digunakan sebagai alas lantai simen.
Sarap perlu di urus dengan baik, jika basah ianya harus dibuang dan
ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan lantai reban sentiasa
kering.
Alat pemanas.
Set pemanas jenis LPG sesuai digunakan. Alat ini digantung di
tengah-tengah kepungan dan dipasang 1- 2 jam sebelum ketibaan anak itik
bagi menyediakan suasana persekitaran yang hangat dalam perindukan.
Bidai.
Bidai/ dinding plastik sangat diperlukan diperingkat perindukan
sahaja iaitu pada itik berumur 1 hingga 3 minggu bagi melindungi
ternakan dari angin sejuk malam dan ketika hari hujan.
Bekas makanan dan minuman.
Bentuk dan saiz bekas makanan dan minuman berbeza mengikut umur itik.
Bilangan juga perlu ditambah dari masa ke semasa untuk memastikan itik
mendapat makanan dan minuman yang mencukupi.Bekas air berbentuk tabung 1 dan 2 gelen juga palung automatik digunakan. Bekas
makanan berbentuk dulang, palung papan panjang dan jenis kotak sesuai
untuk itik daging.
Operasi dan pengurusan
Makanan
permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP
Makanan permulaan adalah untuk anak itik umur sehari sehingga 3 minggu
makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP.
makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.
Pengurusan itik muscovy terbahagi kepada 3 peringkat:-
Peringkat perindukan – 1 hingga 2 minggu.
Peringkat umur – 3 hingga 4 minggu.
Peringkat membesar – 5 hingga 13 minggu.
Umur sehari hingga dua minggu
masukkan ke dalam kepungan.
Air minuman yang bercampur vitamin diberikan dengan segera.
Suhu dalam reban ialah 35 darjah celcius diperlukan untuk minggu pertama dan dikurangkan setiap hari sehingga mencapai 27- 30 darjah celcius.
Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkat awal.
Palong minuman sebaiknya dilapik dengan dulang bagi mengurangkan kecah dan kelembapan sarap. Palong minum diletak berselang- seli dengan palong makanan keliling dalam kepungan.
Bidai sekeliling reban dipasang bagi melindungi anak itik dari kesejukkan dan mengawal suhu secara tetap dalam reban
Jika suhu terlalu sejuk anak itik akan berkumpul dan akan berhimpit- himpit di satu tempat.
Jika terlalu panas anak itik akan berselerakkan serta tercungap-cungap serta kepak yang terbuka. Haba perlu dibekalkan pada waktu pagi dan malam atau waktu hujan.
Umur 3 hingga 4 minggu,
bidai di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat. Kepungan dan alat pemanas di keluarkan. Dulang makanan anak ditukar kepada palong panjang. Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet mula dicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya. Palong minuman kecil ditukar pada palong automatik kerana diperingkat ini itik mula minum dengan banyak.
Umur 5 hingga 13 minggu,
makanan dan minuman perlulah sentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat dan pengambilan makanan meningkat. Untuk menyediakan makanan yang banyak dan sentiasa mencukupi, makanan mula diisi di dalam bekas berbentuk peti. Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban dibuka bagi membolehkan itik keluar ke ruang legar depan reban.Elakkan itik dari gangguan pengurusan dan tegasan iklim sehingga sampai waktu dipasarkan.
Pengurusan yang baik akan menghasilkan pembesaran itik yang baik
Itik muscovy tempatan sebagai itik nila atau itik serati.
Itik ini berbulu hitam dan putih biasa dipelihara oleh orang kampung untuk menghasilkan telur dan daging.
Baka yang berwarna putih pada keseluruhan badan merupakan jenis yang di import berkualiti tinggi khusus untuk pengeluaran daging secara komersil.
Pembangunan Ladang
Pemilihan dan mendapatakan kawasan yang sesuai untuk itik membesar dan memudahkan pengurusan harian.
Kemudahan bekalan air untuk ternakan dan mencuci serta bekalan elektrik perlu ada.
Tanah bekas lombong, kawasan tinggi atau kering ladang kelapa sawit sesuai untuk pengurusan sistem ‘deep litter’ sama ada secara intensif atau separa intensif.
Reban
- dibina menggunakan kayu dan beratap rumbia atau zink.
- Bumbung berbentuk double ridge dan dinding terbuka membantu pengudaraan.
- Tinggi minima bahagian tengah 14 kaki, tepi 8 kaki dan cucur tepi kira –kira 5 kaki bagi mendapat
- suasana selesa, pengudaraan yang baik dan terhindar dari tempias ketika hari hujan.
- Reban berukuran 300 kaki panjang dan 24 kaki lebar boleh memuatkan 5000 ekor itik sehingga peringkat jual.
- bahagian legar berpagar depan reban perlu, terutama musim panas
- Lantai simen mengelakkan kelembapan dan memudahkan pembuangan sarap setiap kali selesai satu pusingan ternakan.
- Kemudahan jalan dan sistem perparitan dan saliran yang baik perlu ada.
- Bekalan elektrik dan air yang bersih untuk minuman dan cucian sangat perlu.
Operasi dan pengurusan
Makanan
permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP
Makanan permulaan adalah untuk anak itik umur sehari sehingga 3 minggu
makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP.
makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.
Pengurusan itik muscovy terbahagi kepada 3 peringkat:-
Umur sehari hingga dua minggu
masukkan ke dalam kepungan.
Air minuman yang bercampur vitamin diberikan dengan segera.
Suhu dalam reban ialah 35 darjah celcius diperlukan untuk minggu pertama dan dikurangkan setiap hari sehingga mencapai 27- 30 darjah celcius.
Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkat awal.
Palong minuman sebaiknya dilapik dengan dulang bagi mengurangkan kecah dan kelembapan sarap. Palong minum diletak berselang- seli dengan palong makanan keliling dalam kepungan.
Bidai sekeliling reban dipasang bagi melindungi anak itik dari kesejukkan dan mengawal suhu secara tetap dalam reban
Jika suhu terlalu sejuk anak itik akan berkumpul dan akan berhimpit- himpit di satu tempat.
Jika terlalu panas anak itik akan berselerakkan serta tercungap-cungap serta kepak yang terbuka. Haba perlu dibekalkan pada waktu pagi dan malam atau waktu hujan.
Umur 3 hingga 4 minggu,
bidai di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat. Kepungan dan alat pemanas di keluarkan. Dulang makanan anak ditukar kepada palong panjang. Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet mula dicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya. Palong minuman kecil ditukar pada palong automatik kerana diperingkat ini itik mula minum dengan banyak.
Umur 5 hingga 13 minggu,
makanan dan minuman perlulah sentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat dan pengambilan makanan meningkat. Untuk menyediakan makanan yang banyak dan sentiasa mencukupi, makanan mula diisi di dalam bekas berbentuk peti. Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban dibuka bagi membolehkan itik keluar ke ruang legar depan reban.Elakkan itik dari gangguan pengurusan dan tegasan iklim sehingga sampai waktu dipasarkan.
Pengurusan yang baik akan menghasilkan pembesaran itik yang baik
Subscribe to:
Posts (Atom)






