Thursday, October 9, 2014

TIPS RINGKAS BAGI PENTERNAK AYAM KAMPUNG

BISMILLAH

MENJADI PENTERNAK AYAM KAMPUNG YANG RAJIN DAN KOMITED

SEBELUM MENTERNAK

Mencari dan Mengenalpasti Pasaran Ayam Kampung di kawasan Berdekatan
Melawat dan megenali penternak ayam kampung yang berdekatan
Ke Cawangan Jabatan Perkhidmatan veterinar Yang berdekatan
Menyertai Kursus Penternakan anjuran Badan Kerajaan dan Agensi Berkaitan Kerajaan
Menyertai Persatuan Penternakan Ayam Kampung seperti Persatuan Penternak Ayam Kampung Malaysia 

SEMASA MENTERNAK

Memulakan dengan kos yang sederhana mengikut modal yang ada
Memilih Benih ayam kampung yang baik supaya tiada masalah
Membeli Fasiliti ayam kampung yang Berkualiti dan mengikut keperluan dan jumlah ternakan
Pembinaan reban yang mudah bersih dan selamat dari serangan binatang buas
Pastikan ubatan dan alatan mudah di beli

SELEPAS MENTERNAK
Kandang Sentiasa dibersihkan 
Alatan ternakan perlu diselenggara dengan baik
jumlah kos ternakan dan untuk digunakan kembali untuk menambah jumlah ternakan

UNTUK MEMBESARKAN PROJEK AYAM KAMPUNG
PINJAMAN BOLEH DIBUAT PADA BADAN-BADAN BERIKUT 

TEKUN 
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 
Surat Perlantikan Sebagai Usahawan Mikro 
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
AGRO PRENUER MUDA
MOA
 

TIPS MUDAH YANG PERLU DITITIKBERATKAN

• Rajin memerhati tabiat ayam pada setiap masa, siang dan malam.

• Amalkan sistem penjagaan yang baik dan sistematik.

• Tidak lokek untuk membeli ubatubatan dan vitamin.

• Sering berkongsi ilmu dengan rakanrakan penternak.

• Rajin bertanya dan berurusan dengan jabatan dan agensi.

• Paling penting, semangat mesti tinggi, kental dan sabar.

DARI ZERO KEPADA HERO BUKAN SESUATU YANG MUDAH

HANYA ANDA YANG TAHU KEMAMPUAN ANDA
SEMOGA BERJAYA DAN TERUS BERJAYA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...