Friday, December 5, 2014

Manual Teknologi Penternakan Itik Pedaging


Manual Ringkas Penternakan Itik Pedaging

Panduan secara ringkas mengenai baka, makanan dan pengurusan yang boleh membantu mereka yang berminat untuk membela itik daging ini..

Baka Itik Pedaging
(A) Peking

(B) Aylesbury

(C) Rouen

(D) Cherry Valley

(E) Muscovy

Potensi Itik Pedaging Mengikut Bakanya

Itik Peking- Umur 8 minggu –berat 2.8-3.0kg
Itik Rouen- Umur 8 minggu- berat 2.8-3.0kg
Itik Aylesbury- Umur 8 minggu- berat 2.7-2.9kg
Itik Muscovy – Umur 16 minggu- berat 4.5-5.0kg (jantan) 2.5-3.0( betina)
Itik Cherry Valley- Umur 47 hari- berat3.2(FCR 2.8:1)
C.P. Duck-Umur 47 hari- berat 3.0( FCR 2.8:1)


Reban Itik


Keadaan iklim di Malaysia adalah basah dan lembab sepanjang tahun.Reban itik patut dibina rekabentuk yang sesuai bagi mengurangkan kepanasan dan mengawal kelembapan. Bumbung yang baik tingi (3 meter dari paras lantai) dan dinding yang berjaring atau terbuka membolehkan udara bebas bergerak. Penggunaan bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buluh dan atap nipah/ rumbia adalah digalakkan

Luas lantai daripada 0.19, 0.28 dan0.37 meter persegi (2,3,4 kaki persegi) seekor tidak menunjukkan kesan yang buruk dalam pembesaran dan pemakanan, seperti ayam juga itik boleh di bela dengan menggunakan lantai sarap tebal atau tinggi ( dibaluti atau kawat jarring)

Perindukan

Alat yang diperlukan
(a) hover / lampu
(b) Tempat makan
(c) Tempat minum
(d) Pembentung ( kadbod atau kawat jarring setinggi 12” )
(e) Habuk kayu atau sekam padi

Persediaan
(a) Sekat 1/3 bahagian reban untuk perindukkan
(b) Tabur habuk kayu / sekam padi setebal 2-3 inci
(c) Buat lengkungan bulatan
(d) Nyalakan hover / lampu sebelum itik masuk
(e) Sediakan makanan ( 2 buah tempat makanan bagi setiap 100ekor)
(f) Sediakan air (2 buah tempat air ( 2/3 gelen) bagi setiap 100ekor)



Peringkat Perindukan
Umur 1-2 minggu
(a) Celupkan paruh anak-anak itik ke dalam air sebelum memasukkan kedalam lengkungan bulatan
(b) Air bolih dicampurkan dengan anti stress selama 3 hari
(c) Lampu / hover di pasang diwaktu malam selama 1 minggu. Jika musim hujan tambahkan seminggu lagi
(d) Pastikan alas lantai sentiasa kering. Tukarkan/ tambah jika basah
(e) Air hendaklah sentiasa ada
(f) Besarkan pembentung (lengkungan bulatan) selalu. Buka lengkungan bulatan selepas 10-14 hari


Perinkat Pembesaran (3-8 minggu)
(a) Anak itik boleh dibela di reban yang saama dari kecil hingga jual, dengan keluasan yang cukup.
(b) Tempat air hendaklah cukup dalam bagi membolehkan itik menyelupkan keseluruhan kepalanya kedalam air
(c) 3 buah tempat makan gantung cukup untuk 100 ekor
(d) Selepas 3 minggu anak-anak itik bolehlah dibiarkan keluar di kawasan yang berpagar di waktu siang


Makanan
(a) Duck Broiler Starter- ( 1 hari hingga 14 hari)
(b) Duck Broiler Finisher –( 15 hari hingga 7/8 minggu)

Contoh Campuran Makanan
Bahan Starter (%) Finisher (%)
Jagung halus 55.5- 6.8
Hampas Kacang Soya 32.0 -21.0
Dedak ikan 6.0 -5.0
Lemak 3.0 -3.0
Galian 2.5 -2.0
Vitamin 1.0 -1.0

Itik pedaging dipasarkan pada umur 7/8 minggu atau selepas 14 minggu. Bulu-bulu halus banyak terdapat ketika itik berumur di antara 9-14 minggu, susah untuk dibersihkan

Anggaran berat purata (pertukaran makanan-F.C.R)
Umur 4 minggu- berat 1.7kg- FCR 2.0
Umur 5 minggu- berat 2.2kg- FCR 2.2
Umur 6 minggu- berat 2.7kg- FCR 2.4
Umur 7 minggu- berat 3.2kg- FCR 2.6

Panduan Penternak
(a) beli anak itik dari baka yang baik yang digemari pengguna
(b) elak itik dari kekurangan air
(c) beri makanan yang bermutu mengikut jadual
(d) Pastikan itik mendapat perlindungan dari hujan/ panas dan cuaca buruk
(e) Elakkan lantai dari basah atau lembab semasa perindukan
(f) Jual itik ketika berumur 7/8 minggu untuk mendapat keuntungan yang baik
(g) Tangkap itik pada bahagian lehernya atau badannya dan bukan dekat kakinya
(h) Cari pasaran dulu jika hendak membela cara besar-besaran.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...