Monday, January 30, 2017

ANGSA: BAKA ANGSA DARI SELURUH DUNIA

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T 
BISMILLAH 

JENIS BAKA ANGSA SELURUH DUNIA


1. AFRICANS
Negara asal: SE China, Asia. Baka daging. Daging pejal yang berkualiti tinggi. Dianggap angsa panggang yang utama. Diwariskan dari Angsa China Swan dari China.
Berwarna perang (kelabu) atau putih atau kuning pucat. Terkenal dengan kecantikannya yang lemah lembut. Jalur perang gelap dibelakang tengkuk hingga ke bawah. Depan tengkuk berwarna perang abu terang , beransur-ansur terang sehingga warna krim. Bahagian tepi badan , sayap “bow”  dan yang terselindung berwarna perang abu. Ekor terselindung berwarna putih. Hitam “knob” warna paruh. Gelambir berbentuk bulan sabit tergantung dari rahang bawah & atas tengkuk. Berbadan berat; tengkuk tebal. Berbadan lebar dan panjang. Berperut bulat. Ekor tegak ke atas. Matang cepat. Salah satu baka yang berat tetapi daging pejal.
 Berat angsa jantan – 26lbs; betina 18lbs. Penelur yang sederhana 20-40 biji telur per musim. Telur besar & beratnya 141-226g. Menetas dalam masa 30-32 hari. Boleh dikacuk dengan baka yang lebih berat. Lebih sesuai dengan cuaca panas. Terbaik untuk cuaca panas.
 
2. CHINESE  
Negara asal: China. Kadang-kadang dikenali juga sebagai Swan Geese kerana tengkuk lembut yang panjang. Juga diwariskan dari angsa swan liar. Paling popular & paling dikenali. 
 Sangat cantik. 2 warna – perang/kelabu  (perang pekat & coklat muda, tengkuk gelap  dan berjalur coklat di tengkuk, mata perang, paruh dan bonjol hitam), putih (bulu berwarna putih, mata biru & paruh dan bonjol jingga ). Ringan dan berat diantara 10-12lbs. Paling kecil di kalangan angsa domestik. Bonjol yang besar bulat dan tegang di atas kepala. Paruh yang panjang dan tirus. Tengkuk yang panjang , slim & lengkok. Badan yang pendik dan padat. Kepala tinggi. Tahan lasak. 
Penelur yang terbaik – 40-100 biji setahun. Inkubasi 28-35 hari.  Kadar penetasan yang baik. Aktif. Paling agresif. Paling sesuai dijadikan “anjing jaga” kerana paling suka buat bising dengan bunyi “hon” yang tinggi. Juga dikenali sebagai “pencabut rumpai” – Pencari makan yang paling aktif  .Paling responsif.
 
3. EMBDEN
Negara asal: Embden, Germany. Juga dikenali sebagai ther Bremen. Dipelihara secara komercial untuk daging. Paling popular .
 Berbulu putih. Bulu putih ini digunakan untuk mengisi bantal dan kuilt. Mata biru gelap. Besar dan tinggi dari yang lain. Kaliber “Stature” bangga. Tinggi 1m .
Berat jantan 20-34lbs; betina 16-28lbs. Kurang telur jika dibandingkan degan lain, walaupun besar – kira-kira 10-30. Incubasi 28-35 hari.  Tahan lasak dengan selera yang besar. Cepat tambah berat badan. Kadang-kadang agresif. Berjaga-jaga dan paling berwaspada. Jaga yang baik.
 
4. ORWEGIAN WHITE Berat jantan 22lbs; betina 18lbs. Tahan lasak. Ibu yang baik. Boleh bertelur 100 biji telur setahun.
 
5. PILGRIMS
Negara asal: Missouri. Boleh dibezakan jantina dengan  warna: jantan berwarna krim keputihan dengan mata biru; betina berwarna kelabu buah zaiton pucat dengan sedikit putih atas kepala dan mata perang gelap. Jantan berumur satu hari berwarna kuning atau warna perak dengan paruh cerah; betina berwarna kelabu kehijauan dengan paruh yang gelap.
 Menurut kata , pembawaan yang pendiam. Bertelur 34-35 biji setahun (saiz 6-7oz). Kualiti ibu bapa yang terbaik. Cepat membesar. Berat betina 13-14lbs; jantan 16lbs. Boleh dibuat angsa panggang yang baik.
 
6. POMERANIANS
Negara asal: NE Germany. Berwarna kelabu dan putih, tetapi yang paling popular dan bentuk biasa ialahSaddleback variety. (Buff & Grey). Kepala, bahagian belakang dan rusuk  saddleback berwarna kuning pucat atau kelabu, bahagian tepi-putih. Bahagian lain berwarna putih. Tahan lasak. Penelur yang baik, pengeluaran/musim 60-80 biji telur . Inkubasi 28-34 hari. Berat jantan 17-18lbs; betina 15lbs.
 
7. ROMAN/TUFTED ROMAN
Negara asal: Danube River Valley, Italy. Kecil (10-12lbs), bertulang halus,  tembam. Putih dengan mata biru. Kadang-kadang terdapat jambak bulu. Tengkuk pendik & belakang/badan pendik. Nisbah daging/tulang yang baik. Baka yang cepat berkembang biak.Pengeluar telur yang sederhana(25-35 setahun). Pembawaan lemah lembut.
 
8. SEBASTOPOLS
Negara asal: SE Europe. 3 jenis – Putih (paling baik), kelabu dan kuning pucat. Bulu panjang dan kerinting di sayap, badan dan ekor, akan menghindarkan mereka dari terbang dan senang untuk membataskan pergerakan mereka. Cepat membesar.  Berat jantan 12-14lbs; betina 10-12lbs. Jantan boleh mengawan dengan 1-4 betina. Mengeluarkan 25-35 telur putih setahun. Masa inkubasi 28-35 hari. Kualiti daging yang baik untuk panggang.
 
9. SHETLAND
  Negara asal: Shetland Islands. Baka yang boleh dikenal jantinanya secara automatik. Jantan berwarna putih; betina berwarna kelabu di bahagian belakang dan warnan putih di kepala. Kecil (berat diantara 12-14lbs), kuat. Terkenal dengan kebolehan mencari makanan.Bertelur  30 biji setahun. Ibubapa yang baik. Paruh yang pendik
 
10. SCANIA
  Juga dikenali sebagai SouthSweden Goose. Berkemungkinan diwariskan dari Pomeranian. Berwarna kelabu dan putih. Bermata biru-kelabu, paruh berwarna kuning-jingga. Mudah gemuk & mempunyai saiz yang baik untuk dibuat panggang. Berat betina boleh mencapai 15-20lbs; jantan 24-38lbs. Selaunya tenang tetapi kadang-kadang boleh jadi agresif . Ibubapa yang terbaik.
 
11. NORMANDY 
 Negara asal: Normandy, France. Baka yang boleh dikenal jantinanya secara automatik. – jantan selalunya putih; betina berwarna kelabu dan putih. Bermata biru. Berat jantan 10-13lbs; betina 9.5-12lbs.

BERMINAT MEMBELI ANAK ANGSA CHINESE GOOSE
 HUBUNGI 012-332-7252 
DINARA AGRO FARM
 
SEGAR SUCI SIHAT

SEMOGA ENTRI INI BERMENAFAAT UNTUK ANDA SEMUA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...