Monday, April 9, 2018

KURSUS ONLINE BOKASHI SIRI 2

Mengenali JENIS DAN FUNGSI BAKTERIA DALAM PROSES PENAPAIAN ATAU FERMENTASI

Bakteria fotosintetik adalah bakteria yang memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanannya. Ada banyak bakteria berada dalam kelas ini seperti jenis Chromatrium sp., Chlorotium sp., R. sphaeroldes dan Rhodobacter. Kumpulan ini bertanggung jawab menghasilkan asid amino, asid neukleik, mengikat nitrogen dari udara dan menukarkan gas-gas beracun seperti gas ammonia dan gas hidrogen sulfida kepada unsur nitrogen yang dapat digunakan oleh banyak tumbuhan.

Bakteria Asid Laktik berfungsi untuk bantu dan akan mempercepatkan penguraian dan proses penapaian bahan organik. Penghasilan asid laktik oleh bakteria ini membantu mempercepat penguraian lignin dan selulosa yang mana ia merupakan struktur kompleks karbohidrat. Contohnya seperti jenis L. casei, L. plantarium, Streptococus laktis dan juga Psedococus sp. Asid laktik akan menekan pertumbuhan beberapa jenis patogen dan mengurangkan populasinya.

Actinomycetes merupakan mikroorganisma yang suka tolong menolong. Ia selalunya akan wujud bersama bakteria fotosintetik. Seperti jiran-jiran yang baik, actinomycetes akan menggunakan asid amino yang dihasilkan oleh bakteria fotosintetik tadi untuk menghasilkan satu bahan antikuman. Contoh adalah seperti jenis Micromonospora sp., Nakarda sp., Propinis bakterium sp., Streptomyces albus dan S. griscus.

Yis (Yeast). Contohnya seperti Canerda c. utilis, S. cerevisiae dan Sacharomyces. Yis menghasilkan substrat atau bahan makanan untuk bakteria asid laktik dan juga actinomycetes, hormon, enzim dan bahan antibiotik.

Kumpulan cendawan penapaian dalam EM
-cendawan ini mempercepatkan penguraian bahan organik, menghasilkan sejenis antimikrob daripada ester alkohol, menghilangkan bau busuk serta mencegah serangga dan ulat perosak.

Contohnya Aspergillus oryzae, Aspergillus niger dan juga yang namanya Muchorhiermalis penicillium. Sebenarnya 'Bokashi' adalah sebuah kaedah membuat kompos atau proses dinamakan pengkomposan yang dapat menggunakan starter aerobik ataupun anaerobik untuk mengkomposkan bahan organik. Sebaiknya ia berupa campuran daripada molasses, air, starter mikroorganisme dan sekam padi.

BERSAMBUNG
SIRI 2 DARIPADA 5SIRI
IKUTI POST AKAN DATANG
CARA PEMBUATAN DAN TINDAKBALAS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...