Monday, October 29, 2018

AYAM KAMPUNG DELIVERY MELAKA

BISMILLAH
Assalamualaikum W.B.T
Kami janjikn kepada para pelanggan kami
AYAM KAMPUNG siap proses SEGAR dan BERSIH
isi AYAM KAMPUNG dan hati, pedal, kaki, tongkeng dan leher ayam juga dibersihkan.

♡AYAM KAMPUNG BOKASHI DINARA♡
Pemakanan buatan sndiri dari umur 1hari SEHINGGA 1.0kg KE 1.3kg
bebas bahan kimia dan ubatan..minuman EM HERBA diberikan kepada ternakan.

Rasai kelainan daging Ayam Kampung Bokashi Dinara yang lebih sedap..kenyal..manis. semestinya baik utk kesihatan.
💁Khas utk Melaka sahaja. 🐔Apa tunggu lagi klik whatsapp dibawah www.wasap.my/60123327252 24hrs service




Friday, August 31, 2018

KETUM AYAM sebagai makanan alternatif Ayam Kampung

Madre de Agua atau nama saintifiknya Trichanthera Gigantea, dan ada juga di Malaysia memanggilnya Ketum Ayam., elok kita panggil Daun Madre sahaja, untuk memudahkan menyebutnya.

Kelebihan daun ini adalah kerana, ia mempunyai nutrisi yang baik yang berpotensi untuk mengurangkan penggunaan dedak, . Kandungan protein Daun Madre (bahan terpenting untuk tumbesaran) adalah tinggi iaitu sehingga 23.3% setara dengan dedak starter dipasaran (19-21%),  Oleh kerana pokok ini boleh membiak dengan mudah dan kurang serangan penyakit, ia amatlah sesuai diberikan kepada Ayam Kampung sebagai makanan alternatif atau makanan tambahan untuk penjimatan kos makanan penternak ayam kampung.

Pokok Madre 
membesar sehingga 5M -10M. Ia mempunyai dahan yang agak kuat dan daun yang lebar mencecah 35x17cm berbentuk oval berhujung tirus. Ianya hanya mengeluarkan bunga apabila cukup matang. 

Kandungan protein tertinggi didapati pada tempoh 2-3minggu dari daun mula bertunas. Anda disarankan untuk memetik daun pada setiap 2-3 minggu. Pokok yang berumur 4bulan selepas penanaman boleh menghasilkan sehingga 250gram daun segar pada setiap penuaian. Cantas pangkal pokok apabila meningkat tinggi sekitar 5kaki. Ini membolehkan tunas baru tumbuh di pangkal pokok, dan tunas ini lebih segar berbanding tunas yang tumbuh di dahan! Ia juga bertujuan untuk menyenangkan penuaian.

Daun Madre De Agua sesuai diberikan kepada haiwan ternakan ruminan seperti kambing, lembu; mahupun omnivor seperti ayam dan itik dan sebagainya. Ia boleh diberikan kepada haiwan ternakan secara terus /daun segar ini sebaik dipetik.

Tuesday, June 5, 2018

PROMOSI JUALAN AYAM KAMPUNG DINARA SEMPENA SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI 2018

Bismillah
Assalamualaikum W.B.T

dan salam sejahtera kepada pelanggan dan pengunjung blog kami

OPEN ORDER Ayam Kampung Segar & Perap untuk Raya Puasa 2018📣📣📣

🚗🚗🚗 menyediakan servis COD setiap Selasa & Jumaat

☎️Hubungi kami 0196976945 / 0123327252

Atau klik link ini untuk tempahan segera

 http://www.wasap.my/60196976945/ayamkampungmelaka

#ayamkampungmelaka #menusihat #melaka

Monday, April 9, 2018

KURSUS ONLINE BOKASHI SIRI 2

Mengenali JENIS DAN FUNGSI BAKTERIA DALAM PROSES PENAPAIAN ATAU FERMENTASI

Bakteria fotosintetik adalah bakteria yang memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanannya. Ada banyak bakteria berada dalam kelas ini seperti jenis Chromatrium sp., Chlorotium sp., R. sphaeroldes dan Rhodobacter. Kumpulan ini bertanggung jawab menghasilkan asid amino, asid neukleik, mengikat nitrogen dari udara dan menukarkan gas-gas beracun seperti gas ammonia dan gas hidrogen sulfida kepada unsur nitrogen yang dapat digunakan oleh banyak tumbuhan.

Bakteria Asid Laktik berfungsi untuk bantu dan akan mempercepatkan penguraian dan proses penapaian bahan organik. Penghasilan asid laktik oleh bakteria ini membantu mempercepat penguraian lignin dan selulosa yang mana ia merupakan struktur kompleks karbohidrat. Contohnya seperti jenis L. casei, L. plantarium, Streptococus laktis dan juga Psedococus sp. Asid laktik akan menekan pertumbuhan beberapa jenis patogen dan mengurangkan populasinya.

Actinomycetes merupakan mikroorganisma yang suka tolong menolong. Ia selalunya akan wujud bersama bakteria fotosintetik. Seperti jiran-jiran yang baik, actinomycetes akan menggunakan asid amino yang dihasilkan oleh bakteria fotosintetik tadi untuk menghasilkan satu bahan antikuman. Contoh adalah seperti jenis Micromonospora sp., Nakarda sp., Propinis bakterium sp., Streptomyces albus dan S. griscus.

Yis (Yeast). Contohnya seperti Canerda c. utilis, S. cerevisiae dan Sacharomyces. Yis menghasilkan substrat atau bahan makanan untuk bakteria asid laktik dan juga actinomycetes, hormon, enzim dan bahan antibiotik.

Kumpulan cendawan penapaian dalam EM
-cendawan ini mempercepatkan penguraian bahan organik, menghasilkan sejenis antimikrob daripada ester alkohol, menghilangkan bau busuk serta mencegah serangga dan ulat perosak.

Contohnya Aspergillus oryzae, Aspergillus niger dan juga yang namanya Muchorhiermalis penicillium. Sebenarnya 'Bokashi' adalah sebuah kaedah membuat kompos atau proses dinamakan pengkomposan yang dapat menggunakan starter aerobik ataupun anaerobik untuk mengkomposkan bahan organik. Sebaiknya ia berupa campuran daripada molasses, air, starter mikroorganisme dan sekam padi.

BERSAMBUNG
SIRI 2 DARIPADA 5SIRI
IKUTI POST AKAN DATANG
CARA PEMBUATAN DAN TINDAKBALAS

KURSUS ONLINE BOKASHI SIRI1


PENGENALAN

BOKASHI adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang sama makna dengan bahan organik yang ditapai dengan mengandungi sekumpulan bakteria aktif dalam bokashi yang di panggil

EM (Effective microorganism), bokasi merupakan salah satu daripada bahan yang baik untuk menyuburkan tanah. jenis bakteria berguna yang dipakai dalam penghasilan kompos iaitu EM atau bakteria setempat IMO mengandungi beberapa siri bakteria. Dalam keadaan biasa bakteria-bakteria ini wujud bersama-sama dimana setiap satu mempunyai fungsi tersendiri dan bergantung antara satu sama lain.

EM yang mana ia sebenarnya mengandungi jenis mikrob yang boleh dikelaskan kepada 4 kategori. Mikrob tersebut ialah dari kumpulan
Bakteria Fotosintetik,
Bakteria Asid Laktik,
Actinomycetes dan
Yis.
Pengelasan ini yang paling mudah difahami dan konsep umum.

SAMBUNGAN.....

Wednesday, March 28, 2018

AYAM KAMPUNG DINARA PEMAKANAN MENGGUNAKAN EM

BAGAIMANA MENGENAL KEASLIAN EM1 (Effective Microorganism) 


Bagaimana untuk kita mengenalpasti suatu larutan seperti EM1 atau baja foliar masih berkeadaan baik atau sudah tercemar?



#1: Bau masam-masam manis
Pertama, kenal melalui bau. Warnanya berbagai, tetapi bau tidak boleh menipu. Samada ia baja foliar/IMO/EM diperbuat daripada buah, soya atau apa saja, bau yang sepatutnya masam2 manis. Bukan masam2 busuk. Masam2 manis terbit daripada bau gula merah yg mesra dgn bahan makanan EM semasa penapaian.
Penapaian ada 2, putrefikasi berlaku apabila hasilnya masam2 busuk. gas hidrogen sulfida dan amonia dihasilkan menyebabkan baja berbau busuk.ia sudah mengalami pencemaran.

#2: pH dibawah 3.7
EMAS/EM1/IMO/foliar yang baik mempunyai pH dibawah 3.7, jika pH diatas 4 kemungkinan larutan tersebut sudah ternyahaktif. pH optimum ialah 3.5.

#3: ketumpatan relatif
simpan rekod jisim/berat EM, terutamanya jika anda selalu membelinya. Semua bahan mempunyai ketumpatan yang berbeza. 
berat 1L air = 1kg. 
berat 1L molasses=1.5kg. 
jika berbeza hingga 20-40%, mungkin telah dicairkan.

KEARAH PENTERNAKAN SECARA ALAMI DAN HIJAU
(AYAM KAMPUNG DINARA MENGGUNAKAN EM)
DINARA AGRO FARM

0123327252

Saturday, March 10, 2018

ASSALAMUAIKUM Nak AYAM KAMPUNG yakin halal & segar setiap hari?

ASSALAMUAIKUM
Nak AYAM KAMPUNG yakin halal & segar setiap hari?
Mudah dimasak untuk seisi keluarga
sedap dan berkhasiat

🚨Ini 5 sebab kenapa anda MESTI pilih AYAM KAMPUNG DINARA! 🐔🐔🐔

1️⃣ Diternak & disembelih 💯% Muslim
2️⃣ 💯% syarikat Melayu Muslim3️⃣ Dijamin 💯% Halal
4️⃣ Segar setiap hari
5️⃣ Dijamin bersih & suci

📢 Kami supply secara BORONG @ RUNCIT

📢 Kami supply untuk restaurant, katering, kantin, kedai makan, penjual nasi ayam, peniaga pasar malam,
Peniaga pasar tani, penjual ayam goreng
pengusaha makanan berasaskan ayam, kegunaan harian, peniaga nasi ayam kampung dara & lain2

wassap atau call
Hotline 0123327252 azam

#ayamkampungmelaka
#halal
#produkmuslim


Tuesday, January 2, 2018

PROMOSI TAHUN BARU 2018

PROMOSI TAHUN BARU BUAT PENDUDUK MELAKA DAN MALAYSIA
 
AYAM KAMPUNG SEGAR
SEEKOR  RM 20.00 SIAP PROSES DAN
PENGHANTARAN DI SEKITAR BANDAR MELAKA

BERAT AYAM HIDUP SEKITAR 1.2kg-1.3kg per ekor 
RM20.00 SIAP PROSES 
POTONG 8
BUNGKUSAN PER EKOR DAN BERSIH


KENAPA AYAM KAMPUNG KAMI ?


1) LEBIH SIHAT.

2) TIADA SUNTIKAN HORMON.

3) DAGING YANG LEBIH PEJAL DAN SEDAP.

4) AYAM DI PROSES DIJAMIN KESEGARAN DAN KEBERSIHAN
( DIPROSES BERGANTUNG KEPADA   PERMINTAAN PELANGGAN)

5) PEMBEKALAN AYAM KAMPUNG YANG STABIL

6) KAMI MEMBERI PENGHANTARAN PERCUMA KEPADA MEREKA YANG MEMBELI   5EKOR   KEATAS.(BAGI KAWASAN MELAKA SAHAJA)

Kami sedia membekal AYAM KAMPUNG HIDUP ATAU DI PROSES,DENGAN KAPISITI UNTUK RESTORAN , KATERING, JAMUAN KENDURI, MASAKAN HARIAN

SILA HUBUNGI 012 3327252

(BAGI PERMINTAAN LUAR MELAKA,MINIMUM PENGHANTARAN ADALAH 50 EKOR)

DINARA AYAM KAMPUNG DELIVERY 

AYAM KAMPUNG MASAK APA PUN SEDAP

PROMOSI PROMOSI PROMOSI!!!!!!!!!

Saturday, December 30, 2017

KEBAIKAN MAKAN AYAM KAMPUNG HALAL


MAKLUMAT KEBAIKAN AYAM KAMPUNG

INFO DARI WEBSITE Prof. Madya Dr Ishak Suliaman
Saturday, September 6, 2008
DISEDIAKAN OLEH :
NURNUBIRAH (IEJ060106)



Firman Allah :
Maksudnya : Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah Telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
Demikianlah petikan ayat suci al-Quran yang menekankan mengenai pengambilan makanan yang halal dan baik dalam kehidupan. Peraturan pemakanan orang Islam adalah peraturan yang lengkap yang merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Sememangnya makanan merupakan satu nikmat yang diberikan oleh Allah di samping nikmat keamanan dan kesejahteraan. Allah berfirman yang bermaksud : “Dan Allah membuat satu perumpamaan, iaitu satu kampung yang asalnya aman dan tenteram, rezkinya datang melimpah ruah dari segenap penjuru, lalu mereka kufur dengan nikmat Allah.. Justeru itu Allah menyeksa mereka dengan pakaian ketakutan dan kelaparan disebabkan perlakuan mereka”.
Ayat di atas menjelaskan tentang dua jenis nikmat iaitu nikmat keamanan dan nikmat perut kenyang. Kedua-duanya dikurniakan oleh Allah apabila manusia beriman dan ditarik apabila mereka kufur. Namun perlu diingat, makanan mengenyangkan yang dikurniakan oleh Allah ada yang haram dan ada yang halal. Baginda Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: “ Setiap daging yang tumbuh hasil daripada makanan yang haram, maka nerakalah yang lebih layak untuknya”.


Isu halal haram makanan adalah bertepatan dengan ayat al-Quran di bawah. Allah juga memerintahkan manusia untuk mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram menerusi firman-Nya :
Maksudnya : “ Wahai orang-orang beriman, makanlah makanan halal yang kami kurniakan kepada kamu.”
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang Telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu Hanya kepada-Nya saja menyembah. Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Berdasarkan ayat di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa Allah telah memerintahkan manusia pada setiap masa dan keadaan supaya memakan hanya makanan yang halal. Halal dan haram itu merupakan ketetapan Tuhan yang mencipta manusia bagi menguji sejauh manakah ketaatan mereka kepada Pencipta. Mereka yang berjaya merentasi ujian tersebut, pasti berjaya di alam selepas kematian. Sementara mereka yang gagal pasti ke neraka menjadi makanan api yang telah sedia marak membara.


Seperti mana isu yang telah diketengahkan pada kali ini berkaitan dengan penyembelihan ayam yang tidak mengikut syariat Islam. Ia beerti bahawa ayam tersebut telah dicucuk, dikenakan kejutan elektrik, di lempar ke dinding, atau sebagainya dengan pelbagai sebab. Sebagai contoh di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh. Selain itu, mereka mendakwa bahawa tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang tersebut berasa sakit sebelum mati. 

Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, binatang disembelih kerana yang lain daripada Allah, mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk, mati dimakan binatang buas, kecuali sempat kamu sembelih).
Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Sabda Rasulullah bermaksud: (Dan apabila kamu menyembelih maka lakukan dengan baik dan hendaklah kamu menajamkan alat sembelihan supaya sembelihan rasa rehat – tidak terlalu sakit). Riwayat Imam Muslim.


Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik. Dalam aspek ini, Rasulullah pernah mengarahkan kita supaya sentiasa berbelas kasihan kepada haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan adalah tajam. Hal ini demikian kerana haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Menurut Asy-Syairazi antara adab dan cara menyembelih binatang dalam Islam harus memotong kerongkong dan kedua-dua urat leher kerana nafas bergerak di tempat itu. Selain itu, penyembelihan haiwan cara Islam menghendaki pematuhan syarat seperti haiwan hendaklah disembelih dengan objek yang tajam (pisau) – supaya haiwan mati cepat dan serta merta .

Selain itu, hendaklah dikerat salur udara , kerongkong dan saluran darah leher. Darah perlu dialirkan kerana bertujuan mengeluarkan sebahagian besar darah yang akan menjadi bahantara mikroorganisma. Gentian saraf tulang belakang tidak boleh dikerat kerana ini boleh merosakkan gentian saraf ke jantung semasa proses itu dan mengakibatkan jantung terhenti dan menghentikan darah ke salur darah . Demikianlah uniknya penyembelihan cara Islam yang menuntun banyak hikmah dan manfaatnya kepada manusia. Antara hikmah yang dapat diambil ialah darah adalah bahantara kuman dan bakteria, darah-darah yang mengandungi toksin-toksin beracun ini bakal dibuang jika disembelih dengan cara penyembelihan cara Islam.


Selain itu, daging juga akan kekal segar untuk tempoh masa lebih lama serta haiwan tidak merasai kesakitan disembelih. Sebagai ummat Islam yang prihatin dengan isu halal haram ini, maka selayaknya kita sama-sama berganding bahu dalam menangani masalah yang timbul berikutan penjualan ayam yang tidak disembelih. Rata-rata masyarakat kita samaada sedar atau tidak kadang-kadang terbeli ayam cucuk atau tidak sembelih. Maka seharusnya kita sedar bahawa memakan yang binatang tidak disembelih adalah bangkai dan hukumnya haram. JAKIM dan PPIM sama-sama berganding tenaga dalam menyelesaikan isu ini. 



Terkini mereka dapat mengesan penjualan ayam yang tidak disembelih di pasaraya-pasaraya besar di Malaysia, maka dengan segera tindakan diambil. Sebenarnya pelbagai pihak perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi isu ini daripada terus merebak kerana tindakan segelintir peniaga yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.
Dewasa kini, kita dapat melihat banyak penjualan ayam-ayam organik dan ayam-ayam kampung yang telah dipelihara dan disembelih dengan cara yang terbaik mengikut kaedah Islam. Antara alternatif lain kepada ummat Islam untuk mendapatkan ayam yang halal ialah melalui “ayam organik” dan ”ayam kampung organik”. Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai “free range chicken” atau “organic chicken”. Ayam kampung jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Manakala kebaikan ayam organik dan ayam kampung organik seperti ayam diberi makanan yang bersih dan berkhasiat tinggi yang menawarkan faedah perubatan bagi pengguna, pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi dan ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol berbanding ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai antibiotik, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.


Sedarlah, apa yang kita makan, minum dan guna pakai setiap hari sepanjang hidup akan mencorakkan amalan dalam budaya, moral, sosial dan akhlak hidup serta tahap iman seseorang. Jika makan dan minum yang menjadi darah daging dalam badan kita halal dan toyyiban (baik, bersih dan selamat), fitrahnya akan baik dan tinggilah akhlak, moral dan sosial hidup sehariannya serta akan bersinarlah cahaya keimanan. Namun, apabila apa yang masuk dan diisi ke dalam perut itu tidak bersih dan tidak selamat kerana menyalahi syarak timbullah pelbagai masalah akhlak, moral dan budaya hidup negatif sebagaimana yang banyak melanda ummah sekarang. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi mu.
posted by Prof. Madya Dr Ishak Suliaman @ 11:48 AM


DINARA AGRO FARM PEMBEKAL AYAM KAMPUNG HALAL DAN BERSIH 
0123327252

AYAM KAMPUNG MELAKA

BISMILLAH
AYAM KAMPUNG DINARA




AYAM KAMPUNG DITERNAK SECARA LEPAS BEBAS
SIHAT DAN CERGAS
BERAT SEKITAR 1.2-1.8kg seekor

RM 12/kg HIDUP
RM 15/kg siap Proses
BORONG BOLEH BINCANG
www.wasap.my/60123327252/ayamkampungdinara


untuk penghantaran bergantung kuantiti
Tiada min  order jika self pick-up di ladang kecil kami :

DINARA AGRO FARM
No 50 Jalan Bunga Tanjung
Felda Kemendor
77000 Jasin
Melaka

call +60123327252
 Segera membuat tempahan sementara stok masih ada.

Whatsapp link berikut :

www.wasap.my/60123327252/ayamkampungdinara

Friday, July 28, 2017

Rekabentuk Tempat Ayam Bertelur Sistem Komuniti Bersih & Selamat


Rekabentuk tempat ayam kampung bertelur mengunakan sistem komuniti (Community Nest).

Kelebihannya
  • Induk ayam betina boleh bertelur dalam satu tempat tanpa had. 
  • Peratus kutipan telur akan meningkat 2-3 kali ganda daripada kaedah biasa.
  • Mengunakan ruang yang kecil 30x20x7 inci sahaja.
  • mengunakan bahan seperti kayu dan papan dengan kadar yang paling minima. Jimat kos.
  • Tidak perlu membuat kotak tempat ayam bertelur dengan banyak sebagai contoh 100 ekor ayam perlu ada 70-80 kotak tempat ayam bertelur.
  • Mempunyai kotak simpanan telur yang berkunci dan boleh dikutip daripada luar reban. Selamat daripada pemangsa termasuk kera, manusia dan ayam itu sendiri.
  • Dapat menghasilkan telur yang bersih dan tidak perlu dicuci dgn air atau sebagainya. Boleh terus masuk dalam inkubator.
  • Dapat mengawal populasi hama/kutu kerana tempat ayam bertelur adalah tempat pembiakan yang paling banyak didapati daripada lain2 kawasan reban.
  • Boleh memuatkan 30 biji telur untuk simpanan sementara didalam kotak simapan telur ayam yg berkunci.
  • Mudah dibersihkan dan diselengarakan secara berkala.
  • Kemas dan menarik untuk susun atur reban yang lebih sistematik. 



Bekas Minuman Ayam Automatik



KENAPA PERLU GUNAKAN ????........AUTOMATIK BELL DRINKER


Kelebihan Bekas minuman ayam automatik dapat membekalkan air minuman bersih setiap masa mengikut keperluan ayam/itik/puyuh dewasa tersebut tanpa sebarang pembaziran. 

 Tidak mengunakan tenaga elektrik, jimat kos (boleh tahan sehingga 3-5 tahun) dan masa (tidak perlu mengisi dan minuman ternakan setiap hari).  

Mudah dibersihkan dan penyebaran penyakit melalui air minuman dapat dikawal. 

Proses pemberian vaksin dan vitamin herba  kepada ternakan amat mudah hanya perlu di letakkan didalam tangki utama sahaja dan ia akan menyalir ke semua unit secara nisbah yang sekata.


 
 
 
 
 
 
 


TERDAPAT JUGA UNTUK ANAK AYAM.....AUTOMATIK CHICK DRINKER


Auto chick drinker atau bekas minuman automatik untuk anak ayam, itik dan puyuh (anak puyuh/puyuh dewasa) 
 
untuk umur sehari sehingga 30 hari tanpa mengunakan tenaga elektrik, jimat kos (boleh tahan sehingga 3-5 tahun) dan masa (tidak perlu mengisi dan memberi ternakan minuman setiap hari). 
 
Mudah dibersihkan dan penyebaran penyakit melalui air minuman dapat dikawal. 
 
Proses pemberian vaksin kepada ternakan amat mudah hanya perlu di letakkan didalam tangki utama sahaja dan ia akan menyalir ke semua unit secara nisbah yang sekata. 

Untuk tempahan & pembelian boleh hubungi DINARA AGRO FARM 


AZAM 012 3327252 

AZAM 012 3327252 

AZAM 012 3327252 

 CALL WHATSAPPS TELEGRAM


 


Saturday, February 18, 2017

ANAK ANGSA PUTIH DAN KELABU GOOSE

Bismillah
ASSALAMULAIKUM W.B.T
DAN SALAM SEJAHTERA

Promosi Bulan Febuari 2017 DINARA AGRO FARM


Anak ANGSA GEBU DARI KAMPUNG untuk jualan


Ternakan kami dari kebun kami
PENJAGAAN DARI INDUK KAMPUNG YANG SIHAT DARI BERTELUR DAN MENETAS


2 pilihan
PUTIH RM 75 SEEKOR👍
KELABU RM 55 SEEKOR👍



UMUR SEKIITAR 3minggu-4minggu

Lokasi felda kemendor jasin melaka
0123327252 ☎️☎️
0123327252 ☎️☎️
0123327252 ☎️☎️

Azam 📞📞📞
Order sementara stok masih ada👍








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...